• Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa.

  • Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja sesama ahli.

  • Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-masing dan seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak.

  • Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta dengan pihak pengurusan yang berkaitan bagi tujuan memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak di dalam aspek perkhidmatan, perjawatan, kebajikan serta profesionlisme kerjaya ahli dan organisasi.