Inovasi

Inovasi ini dikategorikan di dalam inovasi pengurusan. Hal kerana ia merupakan sebuah inovasi yang mengurangkan penggunaan kertas, jimat tenaga elektrik dan kurang kos. Selain itu, inovasi ini merupakan salah satu cara atau kaedah yang mampu memberi kebaikan kepada sesuatu perkara yang telah wujud tetapi kita inovasikannya menjadi lebih baik. Menurut kamus dewan edisi ke-4 (2009), inovasi bermaksud sesuatu yang baharu diperkenalkan dan ia dihasilkan dengan pelbagai teknik atau kaedah yang baharu. Jadi secara amnya, guru harus bijak merancang dan membentuk sebuah inovasi dengan bijak berdasarkan faktor situasi murid. Sebagai contoh guru menghasilkan inovasi bagi pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman dengan menyuruh mereka menggunakan apa sahaja bahan yang berada di sekeliling mereka. Dengan itu murid akan lebih kritis dan inovatif dalam mengembangkan daya pemikiran mereka.