Matlamat penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan ini adalah untuk membentuk masyarakat yang menyedari akan kepentingan asas kewangan melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri dan sekali gus dapat membudayakan amalan penabungan sebagai persediaan untuk masa hadapan. Mendidik, mengekplorasi serta mengaplikasi kemahiran asas kewangan dan keusahawanan dalam aktiviti Kelab Simpanan Pendidikan.
Memberikan pendedahan berkaitan asas kewangan bermula di bangku sekolah;
Memupuk kesedaran akan kepentingan menabung demi masa depan bagi merealisasikan impian;
Melahirkan dan mencungkil bakat murid untuk menjadi seorang pemimpin organisasi yang mampu membantu ekonomi negara kelak;
Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama positif antara PTPTN, PIBG dan sekolah;
Mengetengahkan aspirasi pendidikan negara melalui produk Simpan SSPN; dan
Murid berpeluang mengembangkan bakat serta impak pemarkahan Pentafsiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di pelbagai peringkat iaitu sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Murid yang berminat menyertai Kelab Simpanan Pendidikan mestilah warganegara Malaysia yang bersekolah di bawah KPM.
Ibu/ bapa atau penjaga mestilah warganegara Malaysia.
Penyertaan murid adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan.
Murid hendaklah mendapat kebenaran dan persetujuan ibu bapa/ penjaga.