SEKOLAH PENYAYANG (KERTAS KERJA)
KERTAS KONSEP
PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG
2024
TUJUAN
Pelaksanaan sekolah penyayang adalah bertujuan agar guru dan murid mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
1.0 LATAR BELAKANG
1. Sekolah penyayang merupakan konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep ini mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin siri yang tinggi.
2. Sekolah Penyayang mampu melahirkan warga sekolah yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
3. Sekolah Penyayang mampu melahirkan warga sekolah yang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa seterusnya menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
4. Membudayakan amalan penyayang juga merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
5. Sekolah Penyayang mampu melahirkan warga sekolah yang mempunyai jati diri dan amalan kepimpinan.
2.0 MATLAMAT
Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.
Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang.
3.2 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
3.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.
3.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah.
3.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.
4.0 SASARAN
4.1 Semua murid Sekolah Kebangsaan Kota seramai 250 orang merangkumi
murid Pra Sekolah, Murid PPKI dan murid tahun 1 hingga tahun 6
4.2 Guru-guru
4.3 Staf-staf
4.4 Warga sekolah Kebangsaan Kota
5.0 MASA
Sepanjang tahun
6.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Kota, Negeri Sembilan
7.0 AHLI JAWATAN KUASA
Pengerusi
:
Tn Hj Zulkarnain B Abd Kadir (Guru Besar)
Timb. Pengerusi
:
Pn Hjh Norazita Bt Abdullah (GPK HEM)
Naib Pengerusi I
:
En Kamaruzaman B Kamis (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II
:
Pn Megawati Bt Md Kassim (GPK Kokurikulum)
Setiausaha
:
Pn Norzaini Bt Mahadi
Bendahari
:
Pn Nurhanim Bt Ab Manan
AJK
:
Semua guru
8.0 KAEDAH PELAKSANAAN
1. Amalan Sekolah Penyayang dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, sekolah akan melaksanakan tiga aktiviti berikut;
Mengalu-alukan kehadiran murid (selayang kasih)
Memberi penghargaan kepada murid
Program Mentor Mentee.
2. Namun terdapat juga aktiviti sampingan yang lain dirancang untuk mengukuhkan nilai kasih sayang dan mengambil berat di antara guru dan murid. Aktiviti sampingan yang lain adalah seperti:
a.
b.
c.
d. Program Serasa Bersama
e. Anugerah murid contoh
f. Merisik Khabar
g. Bersihkan Minda
PELAKSANAAN:
Bil
Aktiviti pelaksanaan
A.
Mengalu-alukan kehadiran murid pada hari pertama persekolahan dan hari berikutnya.
Matlamat :
Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dengan ucapan salam semasa anak-anak murid hadir ke sekolah. Selain itu guru dan murid dapat mengamalkan 5S iaitu Senyum, Sapa, Salam, Sopan dan Sayang. Selain itu murid yang hadir pada hari pertama persekolahan akan diberi makanan ringan dan alatan tulis sebagai galakkan untuk hadir ke sekolah pada hari berikutnya.
Objektif :
1. Memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah dan kurangkan ponteng.
2. Menyemai sikap prihatin dan tanggungjawab.
3. Menerapkan kesepaduan dan kasih sayang dalam kalangan sekolah.
4. Mengamalkan 5S semasa berada di sekolah dan seterusnya di mana-mana sahaja.
Pelaksanaan :
Pada hari pertama persekolahan, guru besar, barisan guru penolong kanan, guru bertugas dan guru penyayang berada di pagar masuk untuk menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah
Semua murid akan diberikan ‘gift” sebagai galakan hadir ke sekolah.
Pada hari berikutnya, diminta guru bertugas dan guru disiplin berada di pagar masuk sekolah untuk menyambut murid.
Menggantungkan ‘banner’ di pagar pintu utama sekolah sebagai mengalu-alukan kehadiran murid.
B.
Memberi penghargaan kepada murid
Matlamat :
Melahirkan rasa penghargaan kepada warga sekolah dengan menyambut hari lahir murid. Dengan penghargaan ini murid akan lebih ceria dan berkeyakinan untuk berada dan belajar di sekolah bersama rakan-rakan.
Objektif :
1. Meraikan bersama sambutan hari lahir murid dan guru
2. Menyemai sikap saling sayang menyayangi sesama rakan dan menghargai hari istimewa rakan-rakan.
3. Meningkatkan penghargaan kendiri murid.
4. Memupuk sikap murid agar selalu mengucapkan tahniah di atas berita gembira.
Pelaksanaan :
Sambutan hari jadi semua murid akan disambut setahun 2 kali. Sambutan kali ke 2 akan disambut serentak pada hari kanak-kanak nanti.
Murid akan diberikan kek dan saguhati.
C.
Program Mentor Mentee.
Matlamat :
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat . Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Objektif :
1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka
Pelaksanaan:
Setiap guru mesti mengambil 10 orang murid untuk dijadikan anak angkat. Guru tersebut perlu memantau perkembangan murid dari segi akademik, sahsiah dan kemenjadian murid. Guru perlu memberi motivasi dan perangsang ketika berada disekolah. Tidak kira murid aliran perdana atau PPKI.
D.
Program Serasa Bersama
Matlamat :
Program serasa bersama ini mampu mewujudkan kemesraan dan kasih sayang antara murid, guru dan staf sekolah. Program ini bermatlamat untuk mengurangkan jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara guru, staf dan murid
Objektif :
1. Mewujudkan rasa selamat dan selesa dalam kalangan murid ketika berjamu selera bersama guru yang bertugas.
2. Menyemai rasa keterbukaan antara guru dan murid.
3. Menerapkan nilai 5S kepada guru dan murid.
Pelaksanaan :
1. Guru dan murid digalakkan makan bersama murid disambil memantau keadaan kantin sekolah pada waktu rehat.
2. Guru membuat teguran jika terdapat pekara yang kurang sesuai semasa berjamu selera.
Anugerah Murid Mithali
Matlamat :
Program ini dapat membantu memberi penghargaan kendiri positif kepada murid yang mempunyai potensi dan boleh dicontohi. Anugerah ini di nilai mengikut kategori tertentu seperti :
- Ikon Murid Mithali
- Anugerah murid kehadiran yang memberansangkan.
Objektif :
1. Mewujudkan rasa dihargai dalam kalangan murid.
2. Mendorong murid lain meniru perlakuan yang baik
3. Menjadikan murid yang menerima anugerah sebagai contoh yang baik untuk diikuti.
Pelaksanaan :
1. Memberi guru-guru menilai murid yang tercalon.
2. Penghargaan murid mitahli dinilai setiap bulan iaitu seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Gambar murid akan dipaparkan di papan kenyataan sekolah.
3. Anugerah murid kehadiran penuh akan diberikan hujung setiap bulan sekali. Nama murid juga dipaparkan sebagai contoh
4. Penyampaian anugerah akan dilaksanakan pada perhimpunan sekolah
Merisik Khabar
Matlamat :
Program merisik Khabar ini adalah salah satu program untuk mencegah murid dari terus ponteng sekolah. Selain itu membantu murid secara peribadi berkaitan masalah yang dihadapi. Aktivitinya adalah termasuk membuat lawatan ke rumah murid dan juga berkonsultasi bersama ibu dan bapa atau penjaga.
Objektif :
1. Mewujudkan rasa diterima dan disayangi
2. Guru dapat mengetahui dan mengambil tindakan yang terbaik terhadap masalah yang di hadapi oleh murid.
3. Mengubah pelakuan yang negatif yang menyebabkan ponteng sekolah berlaku.
4. Bekerjasama dengan ibu bapa untuk membantu anak mereka dari ponteng sekolah.
Pelaksanaan :
1. Mengeluarkan surat amaran pertama
2. Membuat lawatan ke rumah murid.
3. Membuat konsultasi bersama ibu bapa atau penjaga.
4. Prjumpaan bersama pentadbir.
Bersihkan Minda
Matlamat :
Program ini bertujuan untuk mengubah gaya percakapan serta laras bahasa yang sesuai dengan umur dan keadaan. Selain itu melatih murid untuk bercakap isu yang bermanfaat dengan gaya serta intonasi yang betul antara guru dan murid-murid. Panggilan mesra dan panggilan hormat juga dititik beratkan agar menjadi amalan setiap masa.
Objektif :
1. Melatih murid menggunakan panggilan mesra dan hormat dengan cara yang betul.
2. Guru boleh menegur percakapan murid yang kurang sesuai.
3. Murid akan dinilai setiap masa dan penilaian akan di ambil kira untuk penganugerahan murid contoh.
Pelaksanaan :
1. Memberi taklimat etika bertutur di khalayak ramai dengan baik
2. Melatih cara untuk membezakan rakan tutur samada sebaya ataupun lebih tua.
3. Guru-guru akan membuat teguran jika terdapat murid yang kurang prihatin.
4. Memanggil pakar motivasi atau penceramah profesional khas untuk menyampaikan intipati penting kepada murid
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.
Perkara
Jumlah (RM)
Mengalu-alukan kehadiran murid pada hari pertama persekolahan
Pemberian
‘gift’ alat tulis
Banner
RM 200.00
RM 80.00
Memberi penghargaan kepada murid
- Kertas sijil
1 x RM 25.00
RM 25.00
Anugerah murid contoh:
- Murid mitahli (2 org)
- Kehadiran penuh (3 bulan sekali)
10 bln x RM 15
50 org x RM 2 x 3 kali
RM 150.00
RM 300.00
Pembelian kek harijadi
RM 50 x 8 (semester 1)
RM 50 x 8 (semester 2)
RM 400
RM 400
JUMLAH
=
RM 1555.00
JUMLAH KESELURUHAN: SATU RIBU LIMA RATUS LIMA PULUH LIMA RINGGIT
10.0 KESIMPULAN
Sekolah Penyayang adalah institusi yang indah dan murni. Keindahan dan kemurniannya memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga,wang ringgit dan keringat warga pendidik, murid, ibu bapa dan komuniti setempat. Hasrat murni Sekolah Penyayang yang digagaskan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta diperincikan melalui surat-surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia akan berjaya apabila ia dikongsikan bersama.
Sehubungan itu kami merasakan, inilah masanya untuk kita membina murid yang cemerlang akademik dan seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan dalam masyarakat.
Disediakan oleh:
NORZAINI BT MAHADI
Penyelaras Sekolah Penyayang,
Sekolah Kebangsaan Kota,
Negeri Sembilan.
Disahkan oleh :
TN HJ ZULKARNAIN B ABD KADIR
Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Kota,
Negeri Sembilan