PANDUAN PENSYARAH: PENGAWASAN PEPERIKSAAN, MOERASI & SISTEM GRED
Panduan ini disediakan sebagai rujukan rasmi kepada semua pensyarah di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) bagi menyokong pelaksanaan tugas dan tanggungjawab berkaitan pengurusan peperiksaan dan pemarkahan.
Kandungan utama dokumen ini merangkumi:
Panduan dan Prosedur Pengawasan Peperiksaan
Termasuk tatacara sebelum, semasa dan selepas pengawasan, borang berkaitan, serta peranan dan etika pengawas.
Panduan kepada pensyarah bagi tujuan semakan dan pengesahan pemarkahan bagi semakan kedua skrip jawapan peperiksaan.
Garis panduan skala gred yang digunakan berdasarkan markah keseluruhan yang diperoleh dalam sesuatu kursus.
Dokumen ini bertujuan memastikan semua pensyarah menjalankan tanggungjawab peperiksaan dengan teratur, telus dan mengikut garis panduan institusi. Penyelarasan ini juga penting bagi menjamin keseragaman dan integriti dalam proses penilaian pelajar.
Pensyarah digalakkan merujuk dokumen ini secara berkala, terutama semasa musim peperiksaan, bagi memastikan pematuhan terhadap semua prosedur yang telah ditetapkan.