PANDUAN PELAJAR: PERATURAN PEPERIKSAAN DAN ARAHAN-ARAHAN AM PEPERIKSAAN SERTA PANDUAN PROSEDUR BERKAITAN UNIT PENGURUSAN PEPERIKSAAN
Panduan ini disediakan sebagai rujukan penting kepada semua pelajar dalam menghadapi peperiksaan akhir di institusi ini. Ia bertujuan untuk memastikan pelajar memahami dan mematuhi semua peraturan serta tatacara yang ditetapkan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
Panduan ini merangkumi empat komponen utama, iaitu:
Mengandungi syarat-syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan akhir, termasuk keperluan kehadiran kuliah, tugasan, dan penilaian berterusan.
Menjelaskan perkara-perkara penting yang perlu dipatuhi oleh pelajar sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. Ini termasuk etika berpakaian, larangan membawa bahan terlarang, serta prosedur memasuki dan meninggalkan dewan peperiksaan.
Syarat-syarat berkaitan Peperiksaan Akhir Khas (PAK) dan prosedur sekiranya memerlukan PAK
Garis panduan skala gred yang digunakan berdasarkan markah keseluruhan yang diperoleh dalam sesuatu kursus.
Panduan Mencetak Surat Perakuan Tamat Pengajian & Transkrip Provisional
Panduan bagi pelajar yang telah menamatkan latihan industri dan mendapat status Lulus Penuh (LP), pelajar boleh mencetak Surat Perakuan Tamat Pengajian dan Transkrip Provisional daripada laman web SPMP.
Permohonan Sijil/Diploma Dan Transkrip Gantian
Permohonan ini bagi sijil atau transkrip yang hilang atau mengalami kerosakan.
Pemahaman dan pematuhan terhadap panduan ini amat penting bagi menjamin kelancaran proses peperiksaan serta menjaga integriti dan kredibiliti sistem penilaian akademik. Pelajar dinasihatkan untuk membaca dan memahami setiap bahagian dalam panduan ini bagi mengelakkan sebarang pelanggaran peraturan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik masing-masing.