2024
2024
SURAT - SURAT PEMAKLUMAN
SURAT PEMAKLUMAN AGIHAN PERUNTUKAN IEEP POLITEKNIK 2024
SURAT PEMAKLUMAN AGIHAN PERUNTUKAN IEEP KOLEJ KOMUNITI 2024
PENETAPAN BAHARU SASARAN JUMLAH JAM INTERAKSI 2024
TAKWIM IEEP 2024
MESYUARAT
JEMPUTAN KE MESYUARAT IEEP POLYCC BIL 01/2024
MINIT MESYUARAT IEEP POLYCC BIL 01/2024
SLIDE MESYUARAT
WEBINAR BEST PRACTICES IEEP
UNDANGAN DAN HEBAHAN MENGIKUTI WEBINAR
Webinar Best Practices Pelaksanaan Aktiviti PPI 2024 yang telah dilaksanakan pada 20 Mei 2024, bertujuan untuk membuat sesi perkongsian amalan baik pelaksanaan di institusi pada sesi pertama. Slot PPI bersama industri telah diadakan pada sesi kedua. Penonton dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti khususnya Penyelaras Pensyarah Pelawat Industri Politeknik (PPPIP), Penyelaras Pensyarah Pelawat Industri Kolej Komuniti (PPPIKK), Ketua Program / Ketua Kursus, Penyelaras PPI Jabatan (PPPIJ) di institusi, Pegawai Corporate, Industrial Services and Employment Center (CISEC) dan Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni (PPIA) serta para pelajar telah menyertai sesi webinar ini melalui saluran Youtube.
Pembukaan sesi webinar ini telah disampaikan oleh YBrs En. Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik), JPPKK dan telah dirasmikan penutupan oleh YM Tengku Besaruddin Shah bin Tengku Yaakob, Pengarah,BIPD, JPPKK.
Sesi perkongsian amalan baik pelaksanaan PPI ini melibatkan bidang Kejuruteraan Perkapalan dari Politeknik Ungku Omar (PUO), Kejuruteraan Awam (Seni Bina) dari Politeknik Merlimau Melaka (PMM) serta Rekabentuk Fesyen & Pakaian dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Beberapa industri yang terlibat dalam slot PPI adalah Sipadan Season Sea Scuba Sdn. Bhd dengan kerjasama Politeknik Tawau Sabah (PTS), Wariscan Sdn. Bhd. dengan kerjasama Politeknik METRo KL (PMKL) dan Nozi Batik dengan kerjasama Politeknik Besut (PBT). Berdasarkan dapatan maklumbalas penonton, dapat disimpulkan bahawa objektif penganjuran webinar ini tercapai disamping dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman dalam mengukuhkan pelaksanaan aktiviti PPI di institusi selain dapat meningkatkan kualiti kerja berbanding sebelum webinar dianjurkan.
Rakaman webinar ini boleh ditonton di saluran Youtube Edutv@POLYCC.