2023
2023
SURAT - SURAT PEMAKLUMAN
SURAT PEMAKLUMAN AGIHAN PERUNTUKAN IEEP POLITEKNIK 2023
SURAT PEMAKLUMAN AGIHAN PERUNTUKAN IEEP KOLEJ KOMUNITI 2023
PENETAPAN BAHARU SASARAN JUMLAH JAM INTERAKSI 2023
TAKWIM IEEP 2023
MESYUARAT BIL 01/2023
JEMPUTAN KE MESYUARAT IEEP POLYCC BIL 01/2023
MINIT MESYUARAT IEEP POLYCC BIL 01/2023
SLIDE MESYUARAT
SLIDE TAKLIMAT TUNTUTAN PENCERAMAH
MESYUARAT BIL 02/2023
JEMPUTAN KE MESYUARAT IEEP POLYCC BIL 02/2023
MINIT MESYUARAT IEEP POLYCC BIL 02/2023
SLIDE MESYUARAT
WEBINAR PENGUKUHAN IEEP
Webinar Pengukuhan Pelaksanaan Aktiviti PPI 2023 yang telah dilaksanakan pada 12 April 2023, bertujuan untuk membuat sesi perkongsian amalan baik pelaksanaan di institusi pada sesi pertama. Slot PPI bersama industri juga telah diadakan pada sesi kedua. Seramai lebih kurang 2,054 jumlah kumulatif penonton dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti khususnya Penyelaras Pensyarah Pelawat Industri Politeknik (PPPIP), Penyelaras Pensyarah Pelawat Industri Kolej Komuniti (PPPIKK), Ketua Program / Ketua Kursus, Penyelaras PPI Jabatan (PPPIJ) di institusi, Pegawai Corporate, Industrial Services and Employment Center (CISEC) dan Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni (PPIA) telah menyertai sesi webinar ini melalui saluran Youtube.
Pembukaan sesi webinar ini telah disampaikan oleh YM Tengku Besaruddin Shah bin Tengku Yaakob selaku Pengarah, BIPD, JPPKK dan telah dirasmikan penutupan oleh YBrs En. Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK.
Sesi perkongsian amalan baik pelaksanaan PPI ini melibatkan bidang Akuakultur dan Agroteknologi dari Politeknik Sandakan (PSS), Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) serta Seni Kulinari dari Kolej Komuniti Chenderoh (KK Chenderoh). Beberapa industri yang terlibat dalam slot PPI adalah MNE Solutions (M) Sdn Bhd, BEMS, MDA, Cropreneur Enterprise dan Maybank dengan kerjasama dari Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Jeli (PJK). Berdasarkan dapatan maklumbalas penonton, dapat disimpulkan bahawa objektif penganjuran webinar ini tercapai disamping dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman dalam mengukuhkan pelaksanaan aktiviti PPI di institusi selain dapat meningkatkan kualiti kerja berbanding sebelum webinar dianjurkan.
Rakaman webinar ini boleh ditonton di saluran Youtube Edutv@POLYCC.