Creative Streaming Studio, CSS mempunyai 4 ruangan utama yang mempunyai tujuan dan fungsi tertentu dalam memudahkan proses rakaman. Berikut diperincikan jenis ruang yang terdapat di dalam Creative Streaming Studio:
Creative Area
Levelled Area
Digital Production Area
Projection Area
Creative Screen menggunakan latar belakang dinding yang berwarna hijau yang berfungsi sebagai layar hijau (green screen) untuk tujuan rakaman.
Dengan green screen pengguna boleh mempelbagaikan latar belakang video samada menggunakan flat background mahupun animated background yang mampu memberi variasi kepada pengguna.
Selain daripada itu, ruangan ini juga sesuai untuk menambah kesan khas (special effects) seperti animasi digital bagi memberi nilai tambah ke atas video yang dihasilkan.
Ruang latar belakang fizikal yang fleksibel.
Ruang ini adalah untuk menampakkan tekstur dan lapisan di dalam video yang akan dihasilkan agar video tidak kelihatan mendatar.
Pengguna boleh memanipulasi latar belakang dari segi pemilihan tirai atau tirai latar yang sesuai disamping pengolahan penataan pencahayaan yang boleh disesuaikan dengan tema dan konsep video yang dihasilkan.
Limitasi dari segi keluasan studio, ruangan ini hanya ideal bagi sesi rakaman yang melibatkan kumpulan yang kecil dalam lingkungan 2 hingga 3 orang bagi memudahkan proses penetapan (setting) peralatan dan pencahayaan semasa sesi rakaman.
Contoh pengendalian program yang sesuai dijalankan di ruangan ini adalah seperti pengendalian pengajaran dan pembelajaran, sesi bual bicara, perkongsian ilmu, sesi taklimat dan lain-lain lagi.
Ruang Digital Produksi merupakan ruang dimana proses penyuntingan bahan dari aspek editorial, kesan visual dan bunyi yang dijalankan menggunakan perisian tertentu. Berikut diperincikan proses yang dijalankan di ruangan ini:
Membuat tetapan jenis susun atur yang bersesuaian untuk digunakan semasa rakaman.
Menetapkan pencahayaan dari segi kecerahan dan ketajaman warna video.
Memasukkan elemen kesan visual seperti grafik, lower third, montage, objek, animasi untuk meningkatkan mutu rakaman
Memilih dan memasukkan bunyi yang bersesuaian seperti muzik latar, kesan musik khas dan juga voice-over untuk meningkatkan mutu rakaman.
Memilih dan menentukan footage rakaman yang hendak digunakan jika menggunakan konsep Multi Camera Production (MCP) kerana penggunaan lebih dari satu kamera dari pelbagai sudut.
Menggantikan bilik pengasingan untuk proses penggabungan elemen media semasa sesi rakaman.
Satu alternatif dengan menyediakan ruang projection screen bagi menjadi perantara untuk medium komunikasi antara jawatankuasa teknikal dan pengguna yang terlibat semasa sesi rakaman
Penting dalam proses penerbitan video yang berbentuk live dimana ruangan ini memaparkan proses perjalanan sesuatu bahan content creation seperti cue untuk penerbit menukar sisi kamera.