Fungsi/Kegunaan:
Disediakan untuk tujuan promosi acara dan juga paparan sebelum sesi “LIVE STREAMING” berlangsung.
Spesifikasi dan Maklumat Tambahan
Saiz poster adalah 1920px X 1080px.
Setiap poster mesti mengandungi maklumat berikut:-
a. Tajuk
b. Tarikh/Hari/ Masa
c. Nama Penceramah
d. Nama Moderator
e. Anjuran
f. Logo
Pastikan maklumat poster adalah jelas dengan pemilihan saiz font, warna dan jenis tulisan yang betul.
Poster disediakan untuk tujuan promosi acara dan juga paparan sebelum sesi “LIVE STREAMING” berlangsung.
Format penyediaan poster adalah dalam format .png dan .mp4
Setiap poster yang disediakan perlu disemak oleh PRO sebelum dipaparkan untuk tujuan promosi.
Contoh poster yang telah dibangunkan
Klik pada butang di bawah untuk memilih templat
Fungsi/Kegunaan:
Lower third adalah medium untuk menyampaikan maklumat tambahan semasa sesi rakaman berlangsung
Spesifikasi dan Maklumat Tambahan
Saiz lower third adalah 1200px X 150px
Lower third adalah medium untuk menyampaikan maklumat tambahan semasa sesi rakaman berlangsung. Cth:- Nama Penceramah, Moderator, Maklumat Tambahan yang ingin di highlight.
Mengambil ruang sebanyak maksimum 1/3 daripada keseluruhan frame
Terdiri daripada elemen grafik seperti kotak, teks dan gambar statik atau animasi
Boleh dihasilkan menggunakan perisian - Ms. Power Point, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe After Effect atau Canva
Penyediaan lower third adalah dalam format .png atau .mp4
Contoh lowerthird yang telah dibangunkan
Klik pada butang di bawah untuk memilih templat
Fungsi / Kegunaan
Video yang akan digunakan dipermulaan program sebagai paparan yang akan ditayangkan semasa pengguna menunggu di lobi
Spesifikasi dan Maklumat Tambahan
Menggunapakai saiz adalah 2560px X 1440px
Memasukkan animasi ringkas (disarankan menggunakan Canva animation)
Contoh montaj / intro / selingan yang telah dibangunkan
Klik pada butang di bawah untuk memilih templat
Fungsi / Kegunaan
Storyboard atau papan cerita dibangunkan bagi memberikan pengguna menvisualisasikan secara keseluruhan apakah perjalanan program / rakaman yang akan berlangsung. Skrip dan material juga perlu dimasukkan bagi mengelakkan kekangan ketiadaan material semasa program berlangsung
Spesifikasi dan Maklumat Tambahan
Menggunakan slide powerpoint sebagai templat dan pengguna hanya perlu membuat penambahan berkaitan program yang akan dilaksanakan
Penggunaan font bagi slaid yang akan digunakan untuk skrip akan menggunapakai font saiz yang lebih besar dan jelas (jenis serif font)
Contoh storyboard yang telah dibangunkan
Klik pada butang di bawah untuk memilih templat