Lencana Pandu Puteri Malaysia mempunyai 14 pecahan bintang di tengah-tengah yang melambangkan 13 buah negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Selain itu, 3 kelopak bunga berpandukan simbol Pandu Puteri sedunia.
Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari di dunia.
Simbol yang berwarna emas dan biru ini melambangkan matahari yang meyinari kanak-kanak di dunia. Rangkaian 3 daun yang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri . 2 bintang melambangkan Persetiaan dan undang-undang perpaduan. Tangkai berbentuk melingkar melambangkan kasih sayang kemanusiaan. Manakala jarum kepada kompas melambangkan kepaduan.
1. Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan.
2. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan.
3. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.
Dasar Program Bahagian Pandu Puteri Remaja membolehkan ahli menghayati dan menguasai ilmu pandu puteri serta menyemai minat dalam pelbagai bidang.
Ahli Pandu Puteri Remaja terdiri daripada remaja yang berumur di antara 13 hingga 15 tahun (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3).
Dasar Program Bahagian Pandu Puteri Renjer membolehkan ahli menghayati, menguasai dan mengamalkan ilmu pandu puteri serta menyediakan gadisremajamenjadi wanita dewasa yang matang, bertanggungjawab dan berdikari untuk sentiasaberkhidmat kepada masyarakat.
1.1 Ahli Pandu Puteri Renjer ialah seorang gadis yang berumur di antara 16 hingga 17 tahun (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5).
1.2 Seorang bakal ahli Pandu Puteri Renjer yang telah dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja hanya perlu mengikuti sebahagian daripada Prinsip Asas Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Renjer.
1.3 Seorang bakal ahli Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri Remaja perlu mengikuti Prinsip Asas Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Renjer.
Lagu Dunia
Versi Bahasa Melayu
Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.
Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.
English Version
Our way is clear as we march on,
And see our flag on high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die
We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song.
Shall sing our song.
All those who loved the true and good
Whose promises we were kept
With humble minds whose acts were kind
Whose honour never slept
Those were the free and we must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and small
All we can give
All we can give.