Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia
Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri.
SEJARAH PENUBUHAN
Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi.
"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."
Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.
Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.
ORGANISASI
Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Platun. Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja yang anggotanya semua lelaki atau semua perempuan. Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.
Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang koperal. Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.
TUJUAN PENUBUHAN
Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"
Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.
Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah
LATIHAN/KEAHLIAN
Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun. Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:-
Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki.
Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
Pertolongan Cemas
Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya
Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali
Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.
Sumber: https://www.rmp.gov.my
Insignia
Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis Diraja Malaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan jawi).
Bulan dan bintang
Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Mahkota
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah Saws.jpg sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.
Keris dan parang
Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.
Kepala harimau
Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.
Bunga padi
Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.
Moto
Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.
Sang Saka Biru
Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.
Polis Sedia Berkhidmat
Polis Sedia Berkhidmat
Kerna Negeri dan Rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis Sedia Berkhidmat (2X)
Tanda lekat di lengan
Polis dengan Pereman
Tangan bersalaman
Alamat Persahabatan
Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan Rakyat
Hidup Berbahagia
Aman Sentosa
Polis Sedia Berkhidmat
Sang Saka Biru
Berkibar sang saka biru
Gagah sentiasa
Pusaka polis Diraja
Inilah azimat kita
Lakar Biru warna mulia
Lambang setia kepada negara
Obor bakti penggerak jiwa
Nusa bangsa dijaga
Sang saka biru bendera kita
Berkibar setiap masa
Bersatu Semua
Aman jaya negara
Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.
Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Cif Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Komisioner (ACP - IGP), Kumpulan Superintendan (ASP - SUPT) dan Kumpulan Inspektor (INSP - C/INSP).
Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.
Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-
Pegawai Kanan Polis
Inspektor General Polis (IG)
Deputi Inspektor General Polis (DIG)
Komissioner Polis (CP)
Deputi Komisioner Polis (DCP)
Senior Asistan Komisioner I (SAC I)
Senior Asistan Komisioner II (SAC II)
Asistan Komisioner Polis (ACP)
Superintendan Polis (SUPT.)
Deputi Superintendan Polis (DSP)
Asistan Superintendan Polis (ASP)
Cif Inspektor (C/INSP)
Inspektor (INSP)
Inspektor Percubaan (P/I)
Pegawai Rendah Polis
Sub-Inspektor (SI)
Sarjan Mejar (SM)
Sarjan (SJN)
Koperal (KPL)
Lans Koperal (L/KPL)
Konstabel (KONST)
Anggota-anggota PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara (KPN 22/1/21 bertarikh 19 Februari 1970.2.
Anggota-anggota PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara :- 2.1. Semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan.
2.2. Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah.
2.3. Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah.
Jenis/peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada anggota kadet.
3.1. Pakaian kawad (Drill Order), But kawad, Angklet, Tali Pinggang Hitam (untuk kawad biasa), Selempang Putih (untuk kawad perbarisan).
3.2. Pakaian Hijau (Jungle Green), But 'antispike', Baju Hijau, Seluar Hijau, Tali Pinggang Hijau, Topi hijau.
Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut :
a) Sepasang kasut hitam b) Sepasang sarung kaki hitam c) Beret d) Lencana beret berpelapik biru e) Tali pinggang biru tua f) Rantai kocek (land yard) g) Wisel h) Sepasang lencana bahu i) Sepasang lencana kolar
Kelengkapan bagi kasut dan beret boleh ditukar pada tiap - tiap selepas lapan belas bulan.
Lencana Kopral,Sarjan ,Sarjan Mejar dan Sub -Inspektor akan dibekalkan apabila mereka naik pangkat.
Apabila menerima barang - barang kelengkapan pakaian seragam tiap - tiap Ahli Kadet dikehendaki menandatangani borang akuan penerimaan seperti lampiran "A" dengan disaksikan oleh Komander Platun.
Adalah menjadi tanggungjawab ahli kadet yang menerima kelengkapan pakian seragam menjaga barang - barang berkenaan dengan baik dan selamat. Barang - barang tersebut hendaklah dikembalikan kepada Komander Platun apabila seseorang ahli kadet berhenti dari menjadi kadet. Komander Platun adalah bertanggungjawab menerima balik barang - barang tersebut dan memeriksa serta menentukan semua barang - barang yang dikeluarkan kepada kadet itu diterima balik dengan sepenuhnya. Barang - barang itu kemudiannya hendaklah dikembalikan oleh Komander Platun kepada stor Polis.Bagi mereka yang berhenti kerana tamat persekolahan barang - barang tersebut hendaklah dikembalikan pada bulan November kepada Komander Platun.
Sekiranya barang - barang kelengkapan pakaian seragam tersebut dihilangkan atau tidak dipulangkan oleh mana - mana ahli kadet,maka ahli Kadet tersebut dikehendaki membayar balik harga barang - barang yang hilang itu mengikut nilai yang ditetapkan oleh stor Polis.
Adalah menjadi tanggungjawab Komander Platun untuk memesan semua pakaian seragam dari setor Polis,untuk ahli - ahli Kadetnya pada tiap - tiap tahun bulan Januari.
Bagi menukar pakaian seragam untuk mengganti pakaian seragam lama,Kadet dikehendaki melaporkan perkara ini kepada Komander Platun. Komander Platun akan berurus dengan penjaga stor gantian tersebut dengan kadar satu sama satu . Penggantian ini akan dibuat dalam bulan Januari. Platun Komander hendaklah berhubung dengan Penjaga stor untuk ukuran pakaian bagi tiap - tiap ahli Kadet.(Semua pemberian gantian pakaian seragam adalah kain yang belum berjahit dan penjaga stor adalah bertanggungjawab untuk menguruskan tender untuk menjahit pakaian tersebut).
Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis perempuan dan kadet polis lelaki adalah seperti berikut :