Pengurusan Hal-Ehwal Murid (HEM) merupakan satu bidang yang penting di PPD dan sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan murid/pelajar dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan kita, PPD dan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. PPD dan sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan.
Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (J.E.R.I) sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bukanlah satu perkara yang mudah.
Kesimpunannya, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) PPD Kuala Langat merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab ke atas semua bidang pengurusan yang melibatkan pelajar. Diharap agar sektor ini terus bergerak mantap dalam memastikan semua pelajar sekolah ini adalah pelajar minda kelas pertama sejajar untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan cemerlang.