MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN PROJEK KERJASAMA PENGURUSAN SUMBER AIR BERTERASKAN TEKNOLOGI ANGKASA
DI ANTARA JABATAN PENGAIRAN MALAYSIA DENGAN AGENSI ANGKASA MALAYSIA
MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN PROJEK KERJASAMA PENGURUSAN SUMBER AIR BERTERASKAN TEKNOLOGI ANGKASA
DI ANTARA JABATAN PENGAIRAN MALAYSIA DENGAN AGENSI ANGKASA MALAYSIA
Tarikh : 29 Feb 2024
Tempat : Kompleks Tun Razak Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
29 Feb 2024 (Khamis), Y.Bhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bersama Y. Brs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia telah menyempurnakan majlis ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anggerik Tingkat 13, Kompleks Tun Razak Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Majlis Menandatangani Dokumen Projek Kerjasama Pengurusan Sumber Air berteraskan Teknologi Angkasa ini bertujuan untuk mewujudkan satu kerjasama antara JPS dan MYSA yang dapat membantu dalam pengurusan sumber air yang lebih bersepadu. Dengan menggunakan data dari satelit dan sistem pengamatan angkasa, JPS dan MYSA boleh bekerjasama untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan ketahanan system pengurusan sumber air negara.
Turut hadir menyaksikan perjanjian kerjasama ini adalah pegawai Agensi MYSA, Pengarah JPS Bahagian dan Negeri.