MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DI ANTARA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS) DENGAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DI ANTARA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS) DENGAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
Tarikh : 21 Mac 2024 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi
Kod Pakaian : Batik
Tempat : Pejabat Jabatan Arah,
Aras 5, Blok A, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah disempurnakan oleh YBhg. Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran bersama YBrs. Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor yang disaksikan oleh YBrs. Ir. Amiruddin bin Alaldin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) dan YBrs. Puan Haslina binti Amer, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, LUAS.
Pemeteraian MoU ini adalah bagi mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara JPS Malaysia dengan pihak LUAS dalam perkongsian data hidrologi dan maklumat pengurusan sumber air di Negeri Selangor serta meningkatkan kepakaran kedua-dua belah pihak.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Pengarah Korporat, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Penasihat Undang-undang JPS Malaysia serta wakil-wakil Bahagian dan pegawai-pegawai LUAS.