MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PENGARAH BERSAMA WARGA JPS DAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA TAHUN 2024
Tarikh: 20 Febuari 2024
Masa: 10:30 pagi
MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PENGARAH BERSAMA WARGA JPS DAN
SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA TAHUN 2024
20 FEBRUARI 2024, Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Anuar bin Othman telah menyampaikan amanat kepada semua warga JPS Malaysia semasa majlis perhimpunan tersebut.
Ketua Pengarah JPS mengharapkan perjumpaan warga JPS ini dapat dimanfaatkan untuk menyumbangkan tenaga dan idea dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Seterusnya beliau juga berharap semua warga perlu lebih proaktif dalam mendepani segala cabaran yang dihadapi dalam menjalankan tugas, dan jadikan apa yang telah dilalui sebagai pengajaran dan menjadikan kita lebih matang, menjadi pendorong untuk kita memperbaiki diri dalam melaksanakan tugasan sebagai penjawat awam.
Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2024 diucapkan kepada kaum Tionghua yang telah menyambutnya pada 10 Februari 2024 yang lalu. Semoga tahun mendatang akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan rezeki yang melimpah ruah.
GALERI
Gambar Penuh Majlis sila layari: Google Drive Majlis
DAFTAR MAKLUM BALAS KEHADIRAN
MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PENGARAH BERSAMA WARGA JPS DAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA TAHUN 2024