LAWATAN DAN SESI TAKLIMAT YANG AMAT BERHORMAT DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN DAYA GUNA AWAM KE JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) MALAYSIA
LAWATAN DAN SESI TAKLIMAT YANG AMAT BERHORMAT DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN DAYA GUNA AWAM KE JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) MALAYSIA
Tarikh : 11 Jan 2024
Tempat : JPS Ampang
11 Januari 2024 - YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam mengadakan sesi lawatan dan taklimat ke Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) bertempat di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).
YBhg.Mejar (K) Dato' Ir. Dr. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan JPS Malaysia sebagai jabatan teknikal dalam pengurusan banjir dan sumber air negara. Pada pagi ini juga, YBrs. Ir.Dr. Norlida binti Mohd Dom, Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) turut menyampaikan taklimat berkenaan operasi ramalan dan amaran banjir serta situasi banjir negara pada masa kini.
YAB TPM turut mengingatkan semua warga jabatan agar lebih fokus kepada isu pelaksanaan projek kerana kementerian ini adalah kementerian teknikal yang dekat dengan rakyat. Beliau turut menegaskan agar semua kakitangan JPS perlu fokus dalam memberi perkhidmatan yang baik untuk menjadi yang terbaik demi memastikan kesejahteraan rakyat dan perkembangan ekonomi kepada negara.
Sesi taklimat ini turut dihadiri pegawai-pegawai kanan kementerian, pengurusan atasan dan pengarah-pengarah bahagian JPS Malaysia.