Kunjungan Hormat JPS Malaysia & Delegasi Kerajaan Negeri Selangor ke Kementerian Infrastruktur & Air Belanda
Kunjungan Hormat JPS Malaysia & Delegasi Kerajaan Negeri Selangor ke Kementerian Infrastruktur & Air Belanda
3 Jun 2024 - YBhg Mejar (K) Dato Ir Dr Hj Ahmad Anuar Bin Othman, Ketua Pengarah JPS Malaysia bersama delegasi daripada Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Kementerian Infrastruktur & Air Belanda.
Delegasi dari Malaysia telah disambut oleh Ms Meike van Ginneken, Netherlands Water Envoy, Ministry of Infrastructure & Water. Taklimat berkenaan fungsi Kementerian Infrastruktur dan Air Belanda telah disampaikan oleh Ms Meike van Ginneken manakala, Pembentangan berkenaan Adaptasi Kesan Perubahan Iklim telah disampaikan oleh Dick Boland, Advisor Water & Adaptation Ministry of Infrastructure and Water.
Antara intipati perbincangan adalah menjurus kepada perkongsian bagaimana Negara Belanda mengurus sumber Air, Air bawah tanah, adaptasi kesan perubahan iklim, program tebatan banjir, ramalan awal banjir, tadbir urus yang cekap, operasi dan penyelenggaraan, hubungan antara agensi kerajaan, swasta dan komuniti, perkongsian data 'inter-agency' dan aplikasi teknologi terkini.
Manakala YBhg Dato Ketua Pengarah JPS pula menekankan peluang kerjasama terutama dalam aspek pembangunan modal insan, technology transfer dan bentuk-bentuk potensi kerjasama lain yang akan diputuskan nanti dalam Memorandum persefahaman yang akan ditanda tangani oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Belanda.