TEMUBUAL TOPIK AIR UNTUK KEAMANAN SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 DI SLOT SELAMAT PAGI MALAYSIA
Tarikh: 22 April
Masa: 9.30 pagi
Saksikan temubual YBhg. Mejar (K) Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman; Ketua Pengarah JPS Malaysia dengan topik ‘Air untuk Keamanan’ sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di slot Selamat Pagi Malaysia pada 22 April 2024 (Isnin) jam 9.30 pagi.
Jom sama-sama kita saksikan
Sambutan Hari Air Sedunia adalah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) beserta dengan UNESCO (United Nations Educational, Scientific & Cultural Organization).
Hari Air Sedunia telah ditetapkan pada 22 Mac setiap tahun oleh United Nations (UN) Conference on Environment and Development, Rio Brazil 1992.
Pada tahun ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menetapkan untuk menyambut Hari Air Sedunia mulai 27 sehingga 28 April 2024 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak.
Sambutan HAS Peringkat Kebangsaan yang julung kali diadakan di negeri Sarawak akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg; Premier Sarawak dengan kehadiran bersama oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air pada 28 April 2024 di Tebingan Kuching (Kuching Waterfront).
Penglibatan program ini turut melibatkan kerjasama agensi Persekutuan dan Negeri.
Tema sambutan Hari Air Sedunia pada tahun 2024 ini adalah ‘Water for Peace’’ (Air untuk Keamanan) yang memfokuskan kepada peranan sumber air dalam kestabilan dan kemakmuran dunia