KAYUHAN BASIKAL 25KM SEMPENA PROGRAM DENAI SUNGAI KEBANGSAAN (DSK) SUNGAI PERAK
18 Mei 2024 (Sabtu) @ 7.00 pagi | YBhg. Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah JPS Malaysia telah mengetuai kayuhan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Sungai Perak sepanjang 25km bermula di Living River Bike Trail Kuala Kangsar dan berakhir di Kem Rekreasi Intan Suraya, Perak.
Seramai 100 peserta telah hadir memeriahkan kayuhan yang terdiri daripada wakil dari kementerian PETRA, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri serta persatuan basikal Negeri Perak.
Tahniah kepada urusetia daripada Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, JPS Negeri Perak dan JPS Kuala Kangsar atas kejayaan penganjuran kayuhan kali.
Semoga program SDK sebegini memberi impak positif kepada semua terutamanya penduduk sekitar.