MAJLIS CLOCK OUT SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA
Tarikh: 27 Mac
Masa: 3:30 petang
MAJLIS CLOCK OUT SEMPENA PERSARAAN KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA
27 Mac 2024, @Ibu Pejabat JPS Cyberjaya l Majlis mengetik perakam waktu yang terakhir dalam perkhidmatan Y. Bhg. Dato’ Mejar (K) Ir. Dr. Haji Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah JPS yang bersara wajib pada 29 Mac 2024 setelah 35 tahun berkhidmat di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sejak tahun 1989.
Semasa majlis tersebut Ketua Pengarah JPS mengambil peluang untuk mengagihkan bubur lambuk kepada semua pengarah bahagian dan warga JPS.
Semua warga mengambil kesempatan untuk bersama-sama memberi lambaian terakhir bagi menghargai dan mengucapkan terima kasih atas jasa dan bakti Dato’ Mejar (K) Ketua Pengarah yang telah menerajui Jabatan Pengairan dan Saliran dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Semoga YBhg. Dato’ diberi kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia bersama keluarga selepas persaraan ini. Semoga berjumpa lagi.
GALERI
Gambar Penuh Majlis sila layari: Google Drive Majlis