Majlis Clock In Sempena Perlantikan semula
Ketua Pengarah JPS Malaysia
Tarikh: 1 April
Masa: 10.00 pagi
1 April 2024 (Isnin) | Majlis 'Clock In' & Sesi Amanat Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bersama Pengarah-Pengarah Bahagian telah diadakan bagi menyambut dan meraikan pelantikan semula YBhg. Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman sebagai Ketua Pengarah JPS Malaysia.
Semoga dengan lantikan semula ke jawatan Ketua Pengarah ini dapat meneruskan matlamat JPS Malaysia ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dan gemilang dalam menguruskan kejuruteraan pengairan dan saliran negara.
Warga kerja JPS mengucapkan Selamat Kembali Bertugas dan Jayakan Perkhidmatan yang Sempurna untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.