KUNJUNGAN HORMAT ORIENT EXPRESS HOLDINGS SDN BHD & CCCC DREDGING SOUTHEAST ASIA SDN BHD KE JPS MALAYSIA
Pada 14 Mei 2024 (Selasa), satu kunjungan hormat dari Orient Express Holdings Sdn Bhd & CCCC Dredging Southeast Asia Sdn Bhd ke JPS Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Korporat JPS Malaysia yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Mejar (K) Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan teknologi terkini berkaitan kerja pengorekan tanah dan tebatan banjir serta perkara-perkara lain yang berkaitan.
Taklimat dan delegasi kunjungan hormat ini diketuai oleh Yang Amat Mulia Tan Sri Tengku Azlan bersama delegasi Orient Express Holdings Sdn Bhd & CCCC Dredging Southeast Asia. Turut hadir taklimat adalah pegawai-pegawai kanan dari JPS Malaysia.