KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN BELANDA KE JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
21 MEI 2024, SELASA @ JPS Malaysia
YBhg. Mejar (K) Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari Ms. Eva Oskam, Timbalan Duta & Ketua Seksyen Ekonomi, Pejabat Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur dan Ms. Gayathri Priyatharisini Vythalingam, Penasihat Kanan Ekonomi Kedutaan Belanda.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama semasa dan akan datang antara JPS Malaysia dengan Kerajaan Belanda terutamanya dalam Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction - DRR) di Malaysia.
Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Pengarah HTC KL serta wakil daripada Bahagian Pengurusan Banjir, Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Bahagian Saliran Mesra Alam, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Bahagian Korporat dan Jurutera Daerah Sabak Bernam, Selangor.