Lawatan JPS Malaysia & Delegasi Negeri Selangor ke IHE Delft Institute For Water Education, Belanda
Lawatan JPS Malaysia & Delegasi Negeri Selangor ke IHE Delft Institute For Water Education, Belanda
3 Jun 2024 - YBhg Mejar (K) Dato Ir Dr Hj Ahmad Anuar Bin Othman, Ketua Pengarah JPS Malaysia bersama delegasi daripada Kerajaan Negeri Selangor turut mengadakan lawatan ke IHE Delft Institute For Water Education.
Dalam lawatan ini, Delegasi dari Malaysia telah diberi taklimat tentang fungsi dan peranan IHE Delft For Water Education oleh En Erwin L. Ploeger, Pengarah Biro Pendidikan dan Pendaftaran Akedemik dan Dr Johan A. Van Dijk, Pengarah Bahagian Perniagaan dalam menyediakan latihan dan peluang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana (MSc) & Doktor Falsafah (PhD). Pelbagai kursus ditawarkan di IHE Delft Institute for Water Education terutama dalam bidang hidrologi dan kejuruteraan air.
Selain daripada program MSc & PhD, IHE Delft Institute for Water Education juga turut menawarkan kursus pendek, kursus atas talian, kajian & inovasi dalam bidang kejuruteraan air. Peluang kerjasama ini seharusnya diambil oleh JPS dalam memastikan program kemajuan kerjaya, pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kapasiti pegawai-pegawai JPS berada di landasan yang tepat. YBhg Dato Ratna Rajah Sivapiragasam mewakili JPS Malaysia turut membentangkan peranan dan fungsi HTC Kuala Lumpur.