Tarikh : 27 - 28 April 2024
Tempat : Tebingan Kuching @ Kuching Waterfront
Hari Air Sedunia 2024
Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2024 adalah disambut pada 28 April 2024 di Kuching Sarawak. Sambutan ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ( PETRA).
Tema sambutan HAS 2024 adalah Water For Peace / Air untuk Keamanan.
Semua pengarah Bahagian dan Negeri dijemput hadir semasa sambutan tersebut. Surat jemputan akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.
SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN PADA 27 & 28 APRIL 2024 DI TEBINGAN KUCHING (KUCHING WATERFRONT) SARAWAK.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bersempena sambutan ini antaranya :-
27 APRIL 2024 (SABTU)
6.30 pagi -1.00 tghari : Pertandingan Memancing
7.30 pagi -12.00 tghari: Pertandingan Mewarna dan Melukis (Pelajar Sekolah)
10.00 pagi- 5.00 petang: Pameran Hari Air oleh Agensi Kerajaan dan Swasta
28 APRIL 2024 (AHAD)
6.30 Pagi – 7.30 pagi: Zumba Madani
7.30 pagi - 10.00 pagi :H2O Quest Kuching Edition
7.30 pagi - 1.00 tghari: Hari Pertandingan Sukan Rakyat
8.00 pagi-9.30 pagi :Persembahan Penyanyi Tempatan Pada
8.00 pagi- 1.00 petang: Pameran Hari Air oleh Agensi Kerajaan dan Swasta
10.00 pagi- 12.00tghari: Majlis Perasmian oleh Premier Sarawak
JUH DATANG SITOK!
ATUR CARA
GALERI
Gambar Penuh Majlis sila layari:
Google Drive Majlis (27 April)
Google Drive Majlis (28 April)
YANG AMAT BERHORMAT
DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG
PREMIER SARAWAK
YAB DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR
PERSEMBAHAN PENYANYI TEMPATAN DAN MAJLIS PERASMIAN HARI AIR SEDUNIA 2024 PADA 28 APRIL 2024 DI TEBINGAN KUCHING@KUCHING WATERFRONT.
00:00:00 - Intro
00:00:13 - Persembahan Penyanyi Tempatan oleh Majlis Seni Sarawak
01:01:04 - Ketibaan YAB Premier Sarawak
01:05:22 - Persembahan Kebudayaan oleh Majlis Seni Sarawak
01:15:52 - Ucapan Aluan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA
01:27:42 - Montaj Water for Peace oleh UNESCO World Water Assessment Programme
01:30:58 - Ucapan Perasmian oleh Premier
01:50:45 - Gimik Perasmian
Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak telah merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang turut dihadiri oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Hari Air Sedunia disambut setiap tahun pada 22 Mac berdasarkan ketetapan di UN Conference on Environment and Development, Rio - Brazil pada tahun 1992. Tujuan sambutan Hari Air Sedunia adalah untuk memperbaharui tekad dan azam serta memberi fokus kepada kepentingan air dan pembangunan secara lestari. Pada tahun ini, tarikh 28 April 2024 dipilih lanjutan daripada pertembungan tarikh 22 Mac 2024 yang jatuh pada bulan Ramadan yang lalu. Namun, ianya tidak melunturkan semangat kita menghayati dan meningkatkan kesedaran tentang isu utama berkaitan air dan memberi inspirasi kepada tindakan untuk menangani krisis air dan sanitasi. Pada tahun ini, tema bagi Hari Air Sedunia yang telah ditetapkan oleh PBB adalah ‘Water for Peace’ atau Air untuk Keamanan yang memfokuskan kepada peranan air dalam kestabilan dan kemakmuran dunia.