The 26th session of the International Hydrological Programme (IHP) Intergovernmental Council of the UN Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), Paris
The 26th session of the International Hydrological Programme (IHP) Intergovernmental Council of the UN Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), Paris
Hari Pertama - 5 Jun 2024
YBhg. Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar Bin Othman bersama delegasi Malaysia menghadiri Meeting on The 26th session of the International Hydrological Programme (IHP) Intergovernmental Council of the UN Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), Paris.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam, Pengarah HTCKL dan YBrs Dr. Idris Bin Ismail, Kaunselor Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO.
Mesyuarat ini memfokuskan kepada halatuju “science to action for a water secure world, in a changing environment”.
YBhg Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar Bin Othman, Ketua Pengarah JPS Malaysia telah membuat intervensi dalam sesi kedua Meeting on The 26th session of the International Hydrological Programme (IHP) Intergovernmental Council of the UN Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), Paris semasa pembentangan di bawah Agenda 5 - Programme Implementation.
Dalam intervensi tersebut, YBhg Mejar (K) Dato’ Ketua Pengarah telah berkongsi kepada ahli mesyuarat dan delegasi Council Member peranan HTC Kuala Lumpur dan kerjasama yang telah dibuat oleh HTCKL dengan National Research and Innovation Centre Agency at the Asia Pacific Centre for Ecohydrology (APCE) yang berpengkalan di Indonesia serta kerjasama dengan universiti-universiti tempatan.
Sekretariat UNESCO melalui Presiden telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Malaysia menerusi usaha-usaha yang telah diambil oleh HTCKL dalam menyokong dan membantu program UNESCO khususnya dibawah Agenda 5, Sub Item 5.1.1 - Operationalization Of The IHP IX Working Group On UNESCO Groundwater Initiative.
YBhg Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar Bin Othman telah membuat intervensi kedua dalam Meeting on The 26th session of the International Hydrological Programme (IHP) Intergovernmental Council of the UN Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), Paris semasa pembentangan di bawah Agenda 5.4 - UNESCO Groundwater Initiative.
Dalam intervensi tersebut, YBhg Mejar (K) Dato’ Ketua Pengarah telah memaklumkan kepada ahli mesyuarat dan delegasi Council Member perancangan HTC Kuala Lumpur khususnya dalam sektor pembangunan modal insan. Perancangan HTC KL dalam melaksanakan kursus Training Of Trainers Programme on Ecohydrology and Applied Ecology pada 29 Julai hingga 12 Ogos 2024 di JPS Malaysia. Selain itu turut dibentangkan juga program Kem Kepimpinan Muda Prihatin Air yang diadakan semasa sambutan Hari Air Sedunia 2024.
Hari Kedua - 6 Jun 2024
YBhg Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar Bin Othman, Ketua Pengarah JPS Malaysia bersama YBhg Dato’ Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam, Pengarah HTCKL dan YBrs Dr. Idris Bin Ismail, Kaunselor Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO telah menghadiri Mesyuarat pada hari kedua.
Antara agenda yang akan dibincang pada mesyuarat hari ini adalah :-
1. Report of The Task Force on The ECOMED Academy
2. Report of The Task Force on The Alliance of Mega Cities and Water
3. IHP Contribution to UN 2023 Water Conference
4. Cooperation With Other UNESCO Programme
5. Celebration of The 50th Anniversary of IHP & 60 Years of Water Science at UNESCO
6. Proposal on The Establishment of an IAHR
7. Consultation on UNESCO's Relevant Endeavours & Activities Within The Action on Water Adaptation and Resilience (AWARe) Initiative.
Hari Ketiga - 7 Jun 2024
YBhg Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar Bin Othman, Ketua Pengarah JPS Malaysia bersama YBhg Dato’ Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam, Pengarah HTCKL dan YBrs Dr Idris Bin Ismail, Kaunselor Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO telah menghadiri Mesyuarat pada hari ketiga.
Antara agenda yang akan dibincang pada mesyuarat hari ini adalah :
1. Cooperation with the UN System Initiative for SDG 6
2. Cooperation with UN-Water and other UN Agencies
3. Status and operations of the unescorted Water Family
4. Specific action for the management of the Category 2 Centre's network
5. UNESCO Word Water Assessment Programme including IHP contribution to WWDRs
6. Cooperation with Intergovermental and Non-Government Organization
7. IHP's role in the 10th World Water Forum
8. IHP's role in other key international event and agenda
9. Other matters
10. Adoption of the report
11. Closure of the session