Dalam arena kecantikan dan keanggunan, aksesori barang kemas adalah satu elemen yang tidak dapat dipisahkan dari identiti seorang wanita. Ia bukan sekadar kehendak, tetapi fitrah yang mengalir dalam setiap wanita, mendorong mereka untuk memperindahkan diri dengan kecantikan emas dan perak.
Tetapi, di sebalik kemegahan ini, terdapat kisah-kisah sedih di mana ada sesetengah wanita mungkin tidak mempunyai aksesori barang kemas untuk dipergayakan ketika menghadiri majlis-majlis berprestij, lebih memilukan lagi apabila ada wanita yang telah bersusah payah 'mengikat perut' berbulan-bulan mahupun bertahun-tahun, dalam merancang berbelanjaan demi memiliki set barang kemas impian mereka.
Namun, terlibat dengan kes kecurian dan ragut yang telah memberikan trauma mereka.
"Pastinya, kita setuju bahawa kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Nilai sebenar kecantikan dalam sesebuah aksesori barang kemas tidak semata-mata bergantung pada harganya, tetapi juga melibatkan corak serta kualiti yang dihasilkan dan yang paling penting, kecantikan yang dapat dilihat di mata setiap peminat.
"Zhulian Gold Plated, merupakan produk 'Anchor' yang dihasilkan oleh Zhulian Marketing (M) Sdn Bhd, syarikat terkemuka di Malaysia dalam penghasilan aksesori barang kemas gold plated yang berkualiti. Sebagai syarikat yang telah memahami kehendak wanita hebat sejak 1989, Zhulian Marketing telah membangunkan produk yang bukan sahaja cantik bahkan juga kukuh dan tahan lasak.
"Sebagai peneraju utama dalam industri ini, Zhulian Gold Plated terus menonjol dengan pelbagai koleksi terkini yang tidak hanya memperlihatkan kecantikan, tetapi juga memberikan keunggulan dan ketahanan kepada pengguna sejak tahun 1989 hingga kini.