ZHR Design & Engineering mula beroperasi pada tahun 2020 secara sambilan. Nama “ZHR” di inspirasikan daripada singkatan nama Pemilik Tunggal Syarikat, Ts. Mohd Zulhazreen bin Mohd Nasir , seorang Jurutera dan Teknologis Profesional di dalam sektor industri pembuatan di negara ini dengan mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam kerjaya di industri.
Beliau telah membina reputasi ZHR Design & Engineering sebagai sebuah syarikat bumiputera tempatan yang boleh merealisasikan impian para pelanggan daripada pelbagai sektor melalui bidang rekabentuk kejuruteraan, mesin percetakan 3D, Imbasan 3D (Reverse Engineering), teknologi dron dan juga perkhidmatan rundingan serta nasihat berkaitan kejuruteraan, penyelidikan & pembangunan, memandangkan sebelum ini perkhidmatan berteknologi didominasi oleh syarikat luar.
Peningkatan kepercayaan serta kesedaran pengguna dan organisasi masyarakat Malaysia mengenai kos masa kini juga menyumbang kepada perkembangan syarikat kerana semakin banyak organisasi mula memberi perhatian serius ke arah penjimatan tersebut dan menjadikan ZHR Design & Engineering sebagai satu pemangkin.
Galakan dan insentif daripada kerajaan telah membangkitkan semangat dan memberikan nafas baru kepada ZHR Design & Engineering untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia bukan hanya sekadar pengguna tetapi mampu mencipta peralatan serta menawarkan perkhidmatan berkaitan teknologi yang setaraf dengan teknologi luar dan tidak semata-mata bergantung kepada mereka.
ZHR Design & Engineering , menawarkan perkhidmatan :-
* Rekabentuk Mekanikal.
* Membaik pulih peralatan dan perkakas berunsus kimpalan & fabrikasi logam.
* Kerja menaik taraf projek –projek khas
* Khidmat nasihat , Kursus dan latihan berkaitan kejuruteraan & teknologi, teknologi & asas pengendalian dron serta teknologi percetakan 3D & Imbasan 3D.
Atas dasar itulah, maka ZHR Design & Engineering menjuruskan perniagaan dalam bidang teknologi pembuatan memandangkan penerokaan ini memberikan makna simbolik kepada hasrat kerajaan. Di ZHR Design & Engineering, kami percaya kreativiti anak tempatan adalah setanding dengan masyarakat barat malahan kadangkala melebihi ‘standard’ pemikiran mereka. Sokongan masyarakat Malaysia bakal menyaksikan produk dan perkhidmatan ditawarkan oleh anak tempatan boleh berdiri sama tinggi serta boleh dibanggakan.
ZHR Design & Engineering memulakan perniagaan secara sambilan serta atas talian semasa negara di seluruh dunia dilanda wabak pandemik Covid-19 pada tahun 2020. Hasil produk pertama dihasilkan ketika era pandemik adalah 'Pedestal Sanitizer' yang merupakan peralatan sebagai medium alat sanitasi bagi membasmi kuman wabak pandemik. Maka, produk rekaan yang di cipta tanpa mengeluarkan kos yang terlalu tinggi dapat membantu golongan pengguna di kawasan kediaman perumahan, surau dan masjid serta sekolah-sekolah.
Perniagaan kami mempunyai objektif seperti berikut :-
* Menghasilkan rekaan yang bermutu tinggi dan menepati kehendak pelanggan.
* Menawarkan perkhidmatan berasas teknologi terkini.
* Menghasilkan ciptaan serta menawarkan perkhidmatan dengan harga yang lebih murah dengan kadar mampu milik.
* Memastikan perkhidmatan selepas jualan yang efisyen.
Visi kami di ZHR Design & Engineering adalah sentiasa memberikan kerjasama dan khidmat nasihat kepakaran dalam setiap perkhidmatan yang di tawarkan kepada pelanggan sama ada sebelum atau selepas siap dihantar dan digunakan, bagi meyakinkan pelanggan dan seterusnya menjamin kepuasan mereka. Misi ZHR Design & Engineering adalah berusaha meluaskan bidang perniagaan yang berpotensi ini dan melatih anak muda tempatan agar menceburkan diri dalam bidang perniagaan kejuruteran dan rekabentuk berasaskan teknologi.