Silk screen
Silk Screen dalam bahasa Malaysia dipanggil Saring Sutera. Cuma ianya lebih biasa disebut Silk Screen Printing dalam industri percetakan. Dalam kaedah ini, ia melibatkan beberapa proses yang perlu diikuti dengan teliti untuk mendapatkan hasil cetakan yang berkualiti seperti berikut:
1. Penghasilan Artwork Grafik / Design – Proses ini melibatkan proses menghasilkan gambar atau grafik, kemudian mengasingkan warna dan mencetak gambar/grafik tersebut ke atas kertas filem khas dengan menggunakan printer.
2. Penghasilan Blok – Proses membuat blok mengunakan kayu, besi atau aluminium berbentuk segi empat. Kemudian kain sutera atau mesh dilekatkan dengan tegang ke atas blok tersebut. Selepas itu satu bahan khas disapukan ke atas mesh/kain sutera untuk membentuk satu lapisan. Lapisan tersebut dikeringkan di tempat yang kadar pencahayaan yang minimum.
3. Pemindahan imej- Proses memindahkan imej yang telah dicetak pada kertas filem tadi (no. 1), dipindahkan kepada blok dengan proses pendedahan ke atas cahaya secara tertumpu. Setelah itu, blok tadi di cuci menggunakan air untuk melengkapkan proses pemindahan imej.
4. Dye/ Dakwat Khas – Proses terakhir adalah menyapu dye pada blok keatas permukaan baju atau cenderahati. Kemudian dye dikeringkan menggunakan pengering khas. Setelah kering pihak kami biasanya melakukan proses Quality Control. Proses ini dapat mengesan sekiranya terdapat kesalahan atau kecacatan pada hasil cetakan. Proses ini sangat penting sebelum produk melalui proses pembungkusan & penghantaran/penyerahan kepada pelanggan.
Heatpress
“Heat Press”, ialah sejenis mesin percetakan yang mengandungi permukaan logam yang dipanaskan secara elektronik dan ianya dikenali sebagai ‘platen’. Mesin “Heat Press” atau Mesin Tekanan Haba berfungsi sama seperti seterika yang digunakan untuk menggosok baju. Tetapi yang membezakan kedua pemanas ini adalah tekanan habanya, permukaan pemanas yang luas dan menggunakan kawalan suhu yang tepat. Hal ini bertujuan, untuk memastikan pemanasan bahan-bahan yang ditekan itu, dapat menghasilkan produk yang berkualiti secara konsisten.
Mesin ini telah direka khas buat usahawan percetakan, untuk mencetak pelbagai jenis rekaan atau corak ke atas pelbagai jenis permukaan seperti t-shirt, bantal kusyen, pinggan dan banyak lagi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin tekanan haba ini.
Tambahan lagi, dengan menggunakan haba dan tekanan ini juga, ia dapat memindahkan rekaan atau corak ke atas permukaan fabrik. Teknik tekanan dan haba yang digunakan oleh mesin ini akan menghasilkan cetakan yang berkualiti tinggi, jika pengusaha mengetahui langkah-langkah dan jenis produk yang sesuai digunakan dalam menghasilkan cetakan yang sempurna.