BIASISWA


BIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN TAIB

  • Menyediakan biasiswakepada pelajar yang mengikuti kursus dalam kategori STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Pelajar Ijazah Pertama yang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara.
  • Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPTdi dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan sahaja.
  • Ijazah Sarjana Muda:
    • Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
  • Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran):
    • Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
    • Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).
  • BYSTT (Kerja Kursus): Permohonan dibuka sekali setahun melalui iklan di akhbar tempatan dan laman web.
  • BYSTT (Penyelidikan): Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Muat turun borang permohonan.


YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN (YBSTAR)

  • Menyediakan biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus bukan kategori STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.
  • Ambilan pelajar terbuka kepada semua IPTA dan IPTS yang terpilih sahaja di Malaysia untuk peringkat Sarjana Muda sehingga PhD.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau
  • Memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannnya.
  • Ijazah Sarjana Muda:
    • Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Kertas Projek, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Amali, Elaun Latihan Ilmiah/Tesis & Tiket Penerbangan.
  • Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran):
    • Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Latihan Tesis, Elaun Pengajian Akhir & Tiket Penerbangan.
    • Tiket penerbangan pergi-balik (sekali setahun dalam negara dan sekali sepanjang kursus untuk luar negara).
  • Muat turun borang permohonan


BIASISWA PERUBATAN YAYASAN SARAWAK

  • Khusus untuk pelajar mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Program Perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  • Setiap tahun 40 orang pelajar akan dipilih sebagai usaha untuk meningkatkan bilangan doktor di Sarawak.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Mendapattawaran dan pengesahan pengajian program perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  • Melepasi proses temuduga.
  • Yuran pengajian, sara hidup, pengangkutan, penginapan, bantuan buku, elaun perkakasan, elaun kertas dan projek.


BIASISWA TEMPATAN YAYASAN SARAWAK (BTYS)

  • Menyedia biasiswa kepada pelajar peringkat Sekolah Menengah di Negeri Sarawak yang kurang berkemampuan
  • Membiayai persekolahan bagi membolehkan pelajar meneruskan persekolahan serta menggalakkan peningkatan prestasi akademik pelajar.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 2.
  • Kategori pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) disahkan status kemiskinan di dalam Sistem eKasih.
  • Pelajar TIDAK penerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada daripada kerajaan atau pihak luar.
  • Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.
  • Bayaran tunai ke akaun pelajar setahun berdasarkan kadar berikut:
    • Tingkatan 2–3 : RM300.00
    • Tingkatan 4–5 : RM400.00
    • Tingkatan 6B – 6A : RM500.00
  • Borang permohonan diedarkan ke sekolahmelalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) danJabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).
  • Pihak sekolah hendaklah mengenalpasti pelajar yang LAYAK yang menepati kriteria sahaja.
  • Pengetua akan mengesahkan permohonan sebelum diserahkan kepada PPD masing-masing untuk proses perakuan dan rumusan.
  • Borang permohonan yang lengkap akan dikembali ke Yayasan Sarawak untuk proses tapisan eKasih.
  • Yayasan Sarawak akan memaklumkan status permohonan melalui PPD masing-masing.


SKIM PENDAHULUAN PELAJARAN DAN TEKNIKAL

  • Membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
  • Mendapat tawaran kemasukan di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau Institusi Teknikal Tempatan.
  • Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1000.00 dan ke bawah.
  • Hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah dan Institusi Teknikal sahaja.
  • Geran bantuan tidak perlu dibayar balik ini adalah seperti berikut:
    • Dalam Sarawak : RM1,000.00
    • Luar Sarawak : RM1,500.00
  • Permohonan atas talian
  • Muat turun borang permohonan