Add Headings and they will appear in your table of contents.
Add Headings and they will appear in your table of contents.
3 Oktober 2024
Tuan Saifudin Saipullah,Eck Norlan Kadir,Puan Irdawaty maid serta Puan Ainah Diali, telah turun padang melawat penduduk yang terlibat dalam insiden kebakaran di Lembaga Padi, sambil turut menziarahi penduduk yang sakit di kawasan DUN Darau.
Lawatan ini bertujuan memberikan sokongan moral serta memastikan keperluan dan kebajikan penduduk yang terjejas diberi perhatian sewajarnya.
Saya bertekad untuk membantu meringankan beban komuniti yang terkesan serta berusaha mencari penyelesaian jangka panjang demi kesejahteraan rakyat.
5 oct 2024
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,pada petang ini saya ,Puan Irdawaty Maid dan anak, serta Puan Ainah Diali telah hadir ke majlis walimah di kampung Rampayan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga pengantin dan seluruh warga Kampung Rampayan atas jemputan dan sambutan yang sangat mesra. saya amat berbesar hati dapat bersama-sama dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Kepada pasangan pengantin, tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan. Kami doakan agar perkahwinan ini menjadi satu permulaan yang penuh dengan kebahagiaan, keberkatan, dan rezeki yang melimpah.
Semoga kedua-dua mempelai dapat menempuh kehidupan berumahtangga dengan sabar, saling memahami, dan kekal bahagia hingga ke syurga.
Dalam suasana majlis ini, kita dapat melihat bagaimana masyarakat Kampung Rampayan sentiasa bersatu padu dan mengamalkan budaya gotong-royong yang sangat kita banggakan. Semangat kebersamaan inilah yang kita harapkan dapat terus dipelihara untuk masa depan yang lebih gemilang, bukan sahaja untuk kampung ini, tetapi juga untuk seluruh Sabah.
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan selamat pengantin baru kepada pengantin, dan terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga majlis ini diberkati dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih.
11 Oct 2024
Aktiviti jemputan kenduri arwah Di kampung Warisan serta melawat beberapa rumah orang kampung di bahagian likas berlangsung dengan baik, diikuti dengan mesyuarat bersama teman -teman seperjuangan karambunai bagi membincangkan pelbagai isu semasa dan perancangan pembangunan untuk kesejahteraan penduduk setempat.
31 October 2024
pada hari ini kami telah melaksanakan lawatan yang penuh cakna ke rumah orang sakit di Kampung, di mana rombongan tersebut diketuai oleh Tuan Saifudin bin Saipullah, bersama Puan Irdawaty binti Maid. Dalam lawatan ini, mereka tidak hanya menziarahi penduduk yang memerlukan sokongan, tetapi juga mengambil peluang untuk berbincang tentang hala tuju serta visi dan misi kita sekiranya diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya akan datang. Tuan Saifudin menegaskan bahawa fokus utama mereka adalah untuk menjaga kebajikan rakyat, termasuk usaha menaik taraf kehidupan masyarakat serta membantu membaik pulih rumah-rumah yang terjejas yang memerlukan bantuan, khususnya rumah-rumah yang sudah usang. Selain itu, mereka juga komited untuk menaik taraf jambatan-jambatan yang rosak agar aksesibiliti penduduk dapat ditingkatkan. Inisiatif ini diharapkan dapat memberikan harapan baru kepada masyarakat serta menjamin masa depan yang lebih baik bagi penduduk di kawasan DunKarambunai.
Selesai lawatan di Kampung, Tuan Saifudin Saipullah telah meluangkan masa untuk bertemu dengan pengundi di kawasan Kampung Darau Dalam pertemuan tersebut, beliau berbual mesra dengan Tuan Haji Haris dan Ahli mengenai hala tuju dan matlamat Tuan Saifudin Saipullah, serta menyentuh tentang manifesto N.16 Dun Darau Perbincangan ini memberi peluang kepada mereka untuk mendengar pandangan penduduk, serta menerangkan visi yang jelas untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pembangunan kawasan. Tuan Saifudin Saipullah juga menekankan komitmen Beliau dalam memastikan setiap suara penduduk didengar dan diambil kira dalam merangka dasar yang lebih baik untuk masa depan Dun Darau.
Setelah selesai program hari ini, beliau sempat berbual dengan Ahli N.17 Dun Darau mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan untuk kawasan tersebut. Dalam perbincangan itu, beliau berkongsi pelbagai inisiatif yang dirancang, termasuk program kebajikan, pembersihan komuniti, dan seminar kesedaran untuk penduduk. Beliau juga menekankan pentingnya melibatkan masyarakat dalam setiap aktiviti bagi memastikan keberkesanannya. Selain itu, AJK turut berbincang tentang strategi untuk meningkatkan penyertaan penduduk dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang, demi mencapai matlamat pembangunan yang lebih mampan dan sejahtera untuk Dun Darau.
Pada 22 November 2024, menghadiri rumah salah seorang Teman, bagi memberikan penghormatan atas pemergian bapa tersayang mereka. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini.
Dengan harapan dan doa, semoga perjalananSaya menuju Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) mendapat sokongan padu daripada rakyat Sabah. Semoga Saya diterima sebagai CALON BEBAS yang mampu membawa kemajuan kepada negeri Sabah serta membantu memperjuangkan nasib rakyat. Dengan kepercayaan dan sokongan rakyat, diharapkan SAYA dapat memainkan peranan penting dalam menstabilkan landskap politik Sabah dan memacu pembangunan demi kesejahteraan semua.