Miliki Website Pada Harga Bajet
Profesional, Simple & PraktikalΒ
Miliki Website Pada Harga Bajet
Profesional, Simple & PraktikalΒ
Mini Web + Booking Form ini seumpama KAD BISNIS DIGITAL homestay anda.
Ia berfungsi sebagai pelengkap dan sokongan kepada usaha pemasaran serta promosi homestay melalui pelbagai platform seperti Facebook, TikTok, OTA, Google Maps dan sebagainya.
Dengan adanya satu pautan digital khusus, bakal tetamu lebih mudah mendapatkan maklumat homestay, melihat kemudahan yang disediakan dan membuat pertanyaan atau tempahan terus melalui WhatsApp.
Satu pautan, pelbagai kegunaan. Lebih mudah, praktikal dan profesional.
π Tempahan Lebih Tersusun
Terima butiran permohonan tempahan pelanggan secara lebih lengkap dan sistematik terus ke WhatsApp.
π¬ Kurangkan Pertanyaan Berulang
Kurangkan proses bertanya dan menjawab soalan asas kerana pelanggan mengisi sendiri maklumat yang diperlukan.
β° Terima Permohonan Pada Bila-Bila Masa
Pelanggan boleh mengisi Booking Form dan menghantar permohonan tempahan walaupun di luar waktu anda aktif melayan WhatsApp.
π’ Meluaskan Jangkauan Pemasaran
Berfungsi seperti kad bisnes digital yang boleh dikongsi dan digunakan sebagai sokongan pengiklanan di Facebook, Google Maps, WhatsApp, OTA, TikTok dan pelbagai platform lain.
π± Memudahkan Pengurusan Tempahan
Pelanggan boleh melihat maklumat homestay dan menghantar permohonan tempahan terus melalui Booking Form ke WhatsApp Owner.
π Pelaburan Jangka Panjang
Mempunyai pautan Mini Web sendiri yang boleh digunakan berulang kali untuk tujuan pemasaran dan promosi.
π‘οΈ Meminimumkan Risiko Scammer
Menyediakan satu pautan rujukan rasmi bagi membantu pelanggan mengenal pasti maklumat dan saluran hubungan sebenar homestay anda.
π D'Leemaz Homestay
π Villa Trigona Banggol
π Laman Zarazmi
π Bayas Residensi Homestay
π Teratak Bonda Maryam
π Casanoa Homestay
π Adelia Homestay
π D'Kala Biru Homestay
π Bahari Homes
π The72Homestay
π Proton City Homestay
π Anjung Tamu
π Homestay Dusun Ulu Bendul
π Wiwi Homestay
π Nina Homestay
π Homestay Seri Desa
FAQ
website/landing pageΒ
? "Kenapa perlukan website, sedangkan boleh je pos iklan poster dalam FB group?"
Jawapannya:Β
FB Group memang bagus untuk tarik perhatian, tetapi posting anda akan tenggelam selepas beberapa jam atau hari. Hari ini orang nampak, esok belum tentu.
Website pula ibarat kedai sendiri di internet. Anda boleh letak semua maklumat penting seperti gambar, harga, lokasi, testimoni, google maps dan butang WhatsApp dalam satu tempat yang kemas. Bila pelanggan bertanya, anda hanya perlu hantar satu pautan sahaja.
Website atau landing page juga pelaburan jangka panjang untuk bisnes anda. Ia menjadi aset digital yang boleh digunakan berulang kali. Setiap kali anda beriklan di Facebook, WhatsApp, TikTok atau mencetak kad bisnes, anda hanya perlu berkongsi pautan website yang sama.
Ringkasnya: FB Group digunakan untuk menarik pelanggan, manakala website digunakan untuk meyakinkan pelanggan supaya membuat tempahan.
? "Saya dah iklankan di platform Booking.com/Agoda/Airbnb, buat apa perlu website lagi?"
Lebih Mudah Ditemui
Tetamu boleh mencari dan mendapatkan maklumat homestay anda dengan lebih mudah melalui pautan website.
Jawapannya:Β Β
Platform seperti Booking.com, Agoda dan Airbnb memang sangat bagus untuk mendapatkan pendedahan dan tempahan. Tetapi hakikatnya, anda sedang menumpang di atas platform orang lain.
Mereka boleh mengubah polisi, menaikkan komisen, mengubah algoritma atau menyusun semula kedudukan listing pada bila-bila masa.
Website pula ialah aset digital milik anda sendiri. Anda bebas memaparkan lebih banyak gambar, video, testimoni, FAQ, lokasi, promosi khas dan butang WhatsApp tanpa bersaing sebelah-menyebelah dengan ribuan homestay lain.
Ramai pemilik homestay menggunakan kedua-duanya:
Booking.com/Agoda/Airbnb β untuk mendapatkan pendedahan dan pelanggan baharu.
Website sendiri β untuk membina jenama, meningkatkan kepercayaan dan mengumpulkan pelanggan berulang.
? "Website boleh jamin terus dapat sales dan pelanggan ke?"
Jawapannya:Β
Tiada siapa yang boleh menjamin boleh terus dapat jualan / pelanggan, sama ada website, Facebook Ads, TikTok sekalipun, sama juga platformΒ Booking.com, Agoda atau Airbnb.
Apa yang website boleh buat ialah membantu anda nampak lebih profesional, meningkatkan keyakinan pelanggan dan memudahkan orang menghubungi atau membuat tempahan.
"Kita tidak boleh menjamin hasil, tetapi kita boleh berusaha meningkatkan kebarangkalian."
?Β "Kenapa harganya murah?"
Jawapannya:
Saya menawarkan harga murah kerana ingin membantu owner homestay yang baru bermula agar berpeluang memiliki landing page sendiri tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar.
Walaupun harganya rendah, nilai yang diberikan setanding dengan landing page yang lazimnya dikenakan caj sekitar RM200 β RM300, bergantung kepada ciri dan reka bentuk.
Harga bajet bukan bermaksud kerja sambil lewa. Saya cuba hasilkan website yang kemas, mesra telefon pintar dan mudah digunakan sebagai alat pemasaran.
"Kadang-kadang nilai sesuatu bukan terletak pada angka yang dibayar, tetapi pada manfaat yang diperoleh. Rezeki pula bukan sekadar keuntungan, tetapi juga peluang untuk saling membantu."
? "Bagaimana proses tempahan?"
Mudah sahaja.
Berikan maklumat berkaitan bisnes anda seperti nama, penerangan, gambar, nombor telefon dan maklumat lain yang diperlukan.
Buat bayaran.
Saya akan mula menyiapkan landing page anda.
Insya-Allah, proses siap mengambil masa sekitar 1β3 hari, bergantung kepada kelengkapan maklumat yang diberikan.
Jika ada kesilapan, perubahan maklumat atau perkara yang ingin dikemaskini selepas siap, maklumkan sahaja. Saya akan bantu membuat pembetulan yang diperlukan.