Warna Salon Muslimah merupakan sebuah salon khas untuk Muslimah yang menawarkan perkhidmatan penjagaan rambut dengan privasi sepenuhnya, persekitaran yang selesa dan mesra keluarga.Â
Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, Warna Salon Muslimah menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti potong rambut, cuci & dandanan, rawatan rambut, rawatan kulit kepala, keratin, rebonding, relaxing serta rawatan kutu rambut.
Kami komited untuk memberikan pengalaman salon yang tenang, bersih dan profesional untuk setiap pelanggan.