Jojo suka melukis dengan krayon. Namun, sisa krayon terselit di bawah kuku Jojo yang sudah panjang. Jojo harus memotong kuku supaya bersih. Bagaimanakah cara Jojo mengetip kuku jari tangannya?
Pati sebatang pokok yang hidup di salah suatu satu tempat terindah di dunia. Dia dikelilingi berbagai-bagai tumbuhan dan haiwan, seperti pokok kayu merah, cendawan dan mentadak.
Setiap pagi, pokok dan haiwan lain akan bernyanyi tentang keistimewaan masing-masing, tetapi Pati berdiam diri. Dia fikir dia pokok yang biasa sahaja.
Pada satu hari, murid-murid datang ke tempat Pati. Mereka memberi Pati kejutan. Apakah kejutan itu?
Adakah almari baju anda terlalu penuh?
Pernahkah anda melihat isi almari anda, tetapi tidak dapat memilih baju?
Atau berfikir anda tidak ada baju yang boleh dipakai?
Ayuh, kita baca bagaimana Zaleha menyelesaikan masalah ini.
Feri mencari Bot-bot, tetapi terjumpa Kayan yang dalam kesusahan di laut. Kayan mungkin tenggelam! Cuaca bertambah buruk. Feri harus mencari bantuan kapal lain untuk menyelamatkan Kayan!
Tok Sali dan Pak Ran bersahabat baik pada suatu masa dahulu. Namun, mereka berpisah apabila mereka semakin sibuk dengan kerja. Feri mahu Tok Sali dan Pak Ran bertemu semula. Berjayakah dia?
Feri, Yatzi dan Plazi berlayar ke Bali untuk bertemu ibu. Plazi ingin memberi ibu kompas emas. Tok Sali mengingatkan mereka supaya berhati-hati. Malangnya, Plazi lupa akan nasihat Tok Sali! Dapatkah mereka ke Bali dengan selamat?
Bidin ikut ibunya ke Pasar Geylang Serai dan merasai sambal belacan buat kali pertama. Rasa pedas membuat lidah Bidin terbakar, namun dia tidak mudah mengalah.
Bidin cuba mencampurkan sambal belacan dengan aiskrim vanila untuk menikmati makanan itu dengan cara baharu. Adakah ujian pelik ini akan berjaya? Mungkinkah akan lahir satu rasa unik yang menyatukan manis dan pedas?
Ikuti kisah penuh selera tentang keberanian mencuba, kreativiti tanpa batas dan warisan makanan Melayu yang membangkitkan rasa bangga.
Bidin sangat gembira kerana hari ini Hari Raya Aidilfitri. Bidin segak bergaya dengan baju Melayu berwarna biru, tetapi tangannya asyik tergaru-garu.
Adakah Bidin berasa gatal dan panas? Perlukah Bidin membawa kipas?
Ayuh, mari kita baca selanjutnya bagaimana Bidin Si Tukang Bikin cuba mencipta baju yang dingin!
Bidin sangat ghairah untuk belajar menunggang basikal dua roda di tepi pantai. Ramai orang sedang berbasikal, bermain layang-layang dan berkelah, tetapi Bidin asyik terjatuh setiap kali mencuba.
Namun, Bidin tidak mudah putus asa. Apabila Bidin melihat belon-belon terapung di udara, satu idea luar biasa muncul di fikirannya!
Adakah Bidin akan berjaya mencipta basikal belon yang seimbang? Atau adakah ini satu lagi cubaan yang berani dan hampir menjadi?
Ayuh, mari kita baca bagaimana akhirnya Bidin belajar menunggang basikal dengan yakin!
Bidin sangat teruja untuk melawat Geylang Serai bersama rakan-rakannya.
Pelbagai permainan tradisional menarik perhatian mereka, tetapi Bidin sangat tertarik pada gasing yang berputar ligat.
Namun, gasing Bidin tidak mahu berpusing! Adakah Bidin akan berputus asa?
Mungkinkah Bidin Si Tukang Bikin akan mencipta sesuatu yang luar biasa?
Ayuh, mari kita baca bagaimana Bidin cuba mencipta gasing yang boleh berpusing sendiri!
Bidin sangat teruja melihat padang luas di Bendungan Marina yang dipenuhi orang bermain layang-layang.
Apabila Ayah menghadiahi Bidin sekeping wau bulan, semangatnya mula berkobar-kobar. Namun, wau bulan Bidin asyik jatuh ke bumi.
Seorang kawan baharu muncul dengan kapal terbang kawalan jauh. Dari situlah tercetus satu eksperimen berani, wau dan kapal terbang bergabung menjadi satu.
Adakah percubaan Bidin akan berjaya? Mungkinkah langkah ini akan meluncurkan wau bulan ke angkasa?
Mari ikuti kisah penuh warna tentang impian, persahabatan dan kegembiraan menerbangkan wau bulan di langit Singapura!