Hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep waadat (perjanjian).
Golongan Pemerintah dan Rakyat
Peranan Sultan
Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat.
Mewujudkan perpaduan rakyat.
Bertanggungjawab terhadap kemakmuran dan kestabilan kerajaan.
Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.
Peranan Pembesar
Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.
Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat.
Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.
Peranan Rakyat
Menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah.
Menjadi tentera.
Menghadiri majlis umum. Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang.
Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah.