KOKO
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023
KOKO
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023
KLANG: Pada 15 September yang lalu telah berlangsungnya kejohanan merentas desa kali ke-54 peringkat Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Para guru dan murid tiba di Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin pada jam 7 pagi untuk bacaan Al-Mathurat dan seterusnya ucapan daripada guru bertugas.
Majlis seterusnya disambung lagi dengan taklimat ringkas daripada Cikgu Saupi berkenaan perjalanan para murid pada hari tersebut.
Seterusnya, bagi memberkati majlis pada pagi itu, majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum sesi regangan ringkas dilakukan yang diketuai oleh Ketua Rumah Omar, Ali, Thariq dan seorang wakil daripada rumah Khalid.
Murid puteri bersiap sedia untuk merentas desa
Setelah tamat sesi regangan tersebut, murid kategori P2 diminta untuk bersedia untuk dilepaskan pada jam 8 pagi.
Sorakan dilaungkan dengan penuh semangat oleh murid-murid mengikut rumah masing-masing.
Pada jam 8.15 pagi pula, murid perempuan kategori P1 dilepaskan diikuti dengan murid lelaki kategori L2 dan kategori L1 masing-masing pada jam 8.30 pagi dan 8.45 pagi.
Setelah tamat sesi larian, para murid dibenarkan untuk berehat dan menikmati hidangan air dan roti yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Rumah Omar menjuarai Kejohanan Merentas Desa
Para murid diarahkan untuk berkumpul semula di Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin bagi mengumumkan keputusan pemenang larian merentas desa ini.
Murid-murid duduk mengikut rumah sukan mereka masing-masing bagi memudahkan urusan penyampaian hadiah.
Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang kategori P2, seterusnya, P1 dan diikuti dengan L2 dan L1.
Gambar kenangan Rumah Ali
Majlis diserikan lagi dengan segmen yang ditunggu-tunggu oleh semua murid iaitu penyampaian hadiah bagi pemenang keseluruhan.
Kejohanan Merentas Desa dirangkul oleh rumah Omar. Setelah tamat sahaja penyampaian hadiah tersebut, majlis ditutup dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
Anda suka artikel ini ?
Kongsikan kepada rakan anda!