AKADEMIK
PROGRAM PENETAPAN ETR SPM 2026
AKADEMIK
PROGRAM PENETAPAN ETR SPM 2026
KLANG - Pada hari Jumaat bersamaan dengan 27 Februari 2026, Program Penetapan ETR SPM 2026 telah diadakan di Dewan Al-Muttaqin Al-Muthaqqafin Kolej Islam Sultan Alam Shah. Semua murid Tingkatan 5 KISAS telah terlibat dalam menjayakan program ini sebagai usaha memantapkan prestasi akademik di KISAS.
Penetapan ETR kepada para calon SPM 2026 iaitu 1.24
Sebelum agenda program dimulakan,saudara Zarif Syahir terlebih dahulu mengalunkan ayat suci Al-Quran.Ahli jawatankuasa KSIB juga turut hadir memeriahkan program penetapan ETR SPM 2026 pada hari ini.
Program diteruskan dengan ucapan Tn. Hj Abdul Ghani Bin Abidin,Pengetua KISAS.Beliau tidak hanya memberikan amanat dan nasihat namun beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Tambahnya lagi,beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan batch Mu'idul 'Azomah dalam memperoleh gred purata 3.77 pada Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 yang lalu.
Sebelum program melabuhkan tirai,saudara Addin Siddiq Bin Jalaluddin selaku Ketua Umum 2 mengetuai bacaan ikrar murid-murid SPM 2026 sebagai tanda kesanggupan memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan
Bukan sahaja tuan pengetua,malah guru-guru dan ibu bapa juga mengharapkan program ini mampu menyuntik semangat para pelajar agar terus berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Anda suka artikel ini ?
Kongsikan kepada rakan anda!