AKADEMIK
IMMERSION SEKOLAH MENENGAH SAINS TUAKU AISHAH ROHANI
AKADEMIK
IMMERSION SEKOLAH MENENGAH SAINS TUAKU AISHAH ROHANI
KLANG: Bagi meningkatkan prestasi sahsiah dan akademik, Kolej Islam Sultan Alam Shah telah mengadakan program immersion atau lebih dikenali sebagai program pertukaran murid buat kali yang kedua.
Pada kali ini, Kolej Islam Sultan Alam Shah telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani untuk mengadakan program immersion.
Program telah berlangsung selama enam hari iaitu bermula pada 14 Mei 2023 hingga 19 Mei 2023.
Seramai 12 orang murid dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS) telah dihantar ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) untuk mengambil serba sedikit pengetahuan dan pembelajaran yang ada di KISAS.
Gambar pelajar immersion SGS bersama kru TVPSS KISAS
Para murid daripada Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani ini merupakan murid tingkatan lima dan mengambil aliran sains sosial iaitu di mana aliran tersebut mempunyai subjek akaun dan ekonomi sama seperti aliran agama ikhtisas di KiSAS.
Mereka telah ditempatkan di kelas aliran akaun tingkatan lima iaitu seramai empat orang di 5 Ibnu Malik, empat orang di 5 Ibnu Aqil dan empat orang di 5 Ibnu Kathir.
Menjadi suatu budaya buat para penghuni asrama puteri di Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk menyanyikan lagu ‘Selamat Datang Kawan’ apabila tibanya tetamu atau sesiapa sahaja yang hadir di asrama puteri.
Para murid Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani ini telah disambut dengan mesra oleh semua murid asrama puteri Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Gambar kenangan guru dan pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani
“Pembelajaran di sini agak berbeza dengan pembelajaran kami di sekolah kami (Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani), di sini kami dapat belajar Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syari’ah Islamiah yang sebenarnya kami tidak belajar pun subjek ini di sekolah kami” kata salah seorang murid daripada Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani..
Kata mereka lagi, “pada awalnya kami agak terkejut kerana di sekolah kami, subjek Bahasa Arab merupakan subjek bahasa pilihan untuk kami dan kami memanggilnya sebagai subjek antarabangsa di mana subjek tersebut kami boleh membuat pilihan untuk belajar subjek Bahasa Arab, Bahasa Korea, Bahasa Perancis dan sebagainya, tetapi di sini subjek Bahasa Arab merupakan subjek utama yang wajib belajar di sini”.
Pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani diwawancara oleh wartawan TVPSS KISAS
Program ini telah berjaya dilakukan sehingga ke akhirnya apabila melihatkan kepada persahabatan yang terjalin di antara para murid Kolej Islam Sultan Alam Shah dengan Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani. Diharapkan semua murid dapat mengambil perkara-perkara yang baik yang boleh dijadikan teladan.
Anda suka artikel ini ?
Kongsikan kepada rakan anda!