Info Korporat
Info Korporat
Koperasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Berhad telah didaftarkan pada 14 September 1996 di bawah Akta Koperasi 1993 dan berpandukan Undang-undang Kecil yang telah dibincang dan diterima dalam mesyuarat agung permulaan pada 26 Jun 1996.
Pada tahun 2020, Koperasi Smpkv berhad membuat beberapa perubahan dari segi penjenamaan semula 'Vox' sebagai langkah menaik taraf juga memberi nafas baru pada Koperasi Smpkv Berhad itu sendiri, selain itu Koperasi Smpkv juga mula terlibat dengan perniagaan secara atas talian selaras dengan keadaan semasa. Ini kerana perniagaan secara atas talian akan menjadi satu bentuk cabang perniagaan pada masa akan datang.
Selain itu Koperasi juga menyediakan pelbagai keperluan harian murid dan warga sekolah bagi memudahkan urusan pembelajaran serta kehidupan di sekolah asrama penuh. Antara jualan yang disediakan termasuk alat tulis, buku latihan, peralatan pembelajaran, kelengkapan asrama, barangan penjagaan diri, pakaian dan keperluan sekolah lain.
Koperasi beroperasi pada hari persekolahan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari dan disambung semula pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Manakala pada hari kokurikulum, waktu operasi dilanjutkan dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang bagi memudahkan murid mendapatkan keperluan mereka. Koperasi sekolah bukan sahaja membantu menyediakan kemudahan kepada murid, malah turut menjadi medium pembelajaran pengurusan dan keusahawanan dalam kalangan warga sekolah.
MAKLUMAT ORGANISASI