Horse Companion Community adalah komuniti sukarelawan. Ia merupakan inisiatif kami untuk membuka peluang dan membina komuniti yang mempunyai rasa suka, sayang dan cinta kepada kuda.Â
Anda boleh hadir bersama kami dan bawa ahli keluarga, rakan taulan dan sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun keatas. Jika bawah 18, pantauan ibubapa perlu diberikan perhatian.
Tidak digalakkan anak-anak bawah 12 untuk bersama di dalam kawasan kandang atas situasi keselamatan. Boleh bawa, tetapi anak-anak boleh berada di kawasan selamat.
Objektif utama program ini adalah membentuk komuniti berkemahiran tentang pengendalian kuda dan membantu membangunkan aktiviti bersama kuda.
Lokasi di Rimba Riding Club, Seri Kembangan Selangor.
Boleh pilih untuk hadir pada hari KHAMIS pada setiap minggu atau hujung minggu, AHAD yang hanya dapat diadakan 1 kali sebulan.
Bermula jam 9 pagi - 11.30 pg.
WAJIB join group whatsapp rasmi samada weekdays atau weekend kami untuk info lanjut. Baca sehingga bawah ya!
Sesi praktikal berkenalan dengan kuda secara dekat & bukan kelas menunggang kuda
Pengenalan asas merapi kuda
Kefahaman rutin penjagaan kandang (stable care)
Memahami tingkah laku kuda
Sesi latihan bersama dengan kuda (Ground & Exercises Work)
Dan banyak lagi aktiviti menarik bersama kuda!
Ini bukan kelas menunggang kuda. Ini adalah langkah pertama untuk membina hubungan dengan kuda.
Individu yang pertama kali ingin mengenali kuda.
Pencinta haiwan
Boleh hadir secara individu, keluarga, kelompok atau organisasi spt IPT, NGO, Persatuan/kelab, korporat dsbnya.
Sesiapa yang ingin merasai pengalaman bersama kuda. Tiada pengalaman diperlukan.
Google/ Waze : Rimba Riding Club, Seri Kembangan Selangor
Uols kalau betul-betul ready, jemput masuk group komuniti untuk next info ya. Stay dalam group dan nantikan pengumuman dari admin. Pilih salah 1 group yang anda boleh sertai samada setiap hari Khamis ATAU hujung minggu (1 bulan sekali).
Anda stay dalam group dan nantikan pengumuman dari admin untuk buka kehadiran. Tiada walkin ke aktiviti HCC ini ya. Pastikan anda mendaftar awal nanti!
Sertai group WA untuk setiap hari Khamis (Pilih salah 1 jika penuh)
Sertai group WA untuk hujung minggu (1 bulan sekali sahaja available)
Boleh singgah website utama Akademi Awesome Archery