KENALI WARNA-WARNA DALAM SENI
Warna - Unsur-unsur Seni Reka
Pengenalan Warna
Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu
Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain.
Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna
JENIS-JENIS WARNA
Terdapat beberapa kumpulan warna yang sering digunakan bagi menghasilkan karya yang menarik dan bermakna.
WARNA ASAS
Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
Mempunyai kuasa yang hebat
Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya
WARNA SEKUNDER
Juga dipanggil warna kedua
Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
Warna sekunder = warna asas +
warna asas
Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
a. Jingga = merah + kuning
b. ungu = merah + birU
c. hijau = kuning + biru
WARNA TERTIER
Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
warna tertier = warna asas + warna
sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu
NILAI WARNA
Seorang pengkarya perlu bijak menggunakan gubahan warna dalam penghasilan karyanya. Penggunaan unsur warna yang betul dapat menghasilkan karya yang seni yang menarik dan berkesan.
TONE WARNA
Nilai pancaran terang atau gelap sesuatu warna.
Iaitu campuran warna putih dan hitam dengan warna asas dengan mengikut kadar tertentu.
Warna tersebut akan berubah dari satu tahap ke satu tahap tertentu.
KROMA WARNA
Nilai ukuran kuasa sesuatu warnaIa terhasil melalui campuran warna-warna penggenap ( warna yang bertentang dalam roda warna ) dengan nisbah tertentu.
SEWARNA @ MONOKROMATIK
Sesuatu warna dalam pelbagai ton
Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna putih untuk ton cerah @ warna hitam untuk ton gelap.
WARNA HARMONI
Gubahan yang menggunakan warna-warna yang bersebelahan dalam roda warna.
WARNA PENGGENAP
Gubahan warna yang menggunakan warna yang bertentang an dalam roda warna atau dikenali sebagai warna yang bertentangan @ kontras
WARNA PANAS
Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi
Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang penglihatan seperti matahari.
WARNA SEJUK
Merupakan kumpulan warnayang mempunyai kesan cahaya yang rendah dan redup
* Memberi kesan redup, tenang dan damai menyejuk mata memandang.
PERSPEKTIF WARNA
Merupakan gubahan warna yang mempunyai perubahan ton, samaada dari terang ke gelap atau sebaliknya.
Perspektif warna lebih jelas bila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau sewarna.
Perspektif warna dapat mewujudkan kesan ilusi ruang, jarak atau kedalaman perspektif.
WARNA BERTINDAK
Merupakan warna yang akan menimbulkan kesan yang berbeza apabila bertemu dengan warna latar belakang yang lain.
Pantulan kesan warna yang kuat pada latar belakang yang berkontra warna melahirkan warna bertindak yang aktif.
Manakala pantulan kesan warna yang lemah pada latar belakang yang sewarna melahirkan warna bertindak yang pasif.
GUBAHAN WARNA BERTINDAK
warna bertindak digunakan untuk menimbulkan suasana seram dan keadaan berkontra ( bercanggah )