Pertandingan Video Kreatif Piala Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia 2026 ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh, Perak. Bertujuan bagi menggalakkan warga kerja JMG mengetengahkan kreativiti, bakat dan kemahiran dalam penghasilan video digital yang berkualiti serta menggalakkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan kandungan multimedia.
i. Mencungkil potensi, kreativiti dan kemahiran warga kerja JMG dalam menerbitkan kandungan video digital yang menarik, berinformasi, dan berkualiti tinggi.
ii. Menggalakkan eksplorasi dan adaptasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam kalangan kakitangan sebagai alat bantu utama untuk mempercepatkan proses penjanaan idea dan penghasilan video yang kreatif.
iii. Mengiktiraf usaha dan komitmen warga kerja secara berpasukan, yang berjaya menampilkan karya digital yang berdaya saing.
KATEGORI PERTANDINGAN
Video yang bertujuan menyedarkan penonton tentang sesuatu isu seperti alam sekitar, kesihatan atau sosial. Video berfokus pada penyampaian mesej yang jelas dan berimpak tinggi.
Video yang menyampaikan kisah atau naratif dengan watak, konflik dan penyelesaian. Tujuannya untuk menyentuh emosi dan menyampaikan mesej secara tidak langsung melalui jalan cerita.
Video yang bertujuan memberi pengetahuan atau menerangkan sesuatu topik dengan jelas. Kandungan video berfakta, teratur dan mudah difahami, sesuai untuk pembelajaran atau perkongsian ilmu.
TARIKH PENYERTAAN
● 22 Julai – 13 November 2026: Hebahan program & penyertaan
● 13 November 2026: Tarikh tutup penyertaan
● 15 Disember 2026: Hari Anugerah Pertandingan Video Kreatif Piala Ketua Pengarah JMG