KELAYAKAN PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sama ada kakitangan yang berkhidmat secara tetap atau kontrak, kecuali urusetia pertandingan.
Pertandingan ini berkonsepkan kerja berpasukan. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli sehingga maksimum sepuluh (10) orang ahli, pembentukan ahli pasukan dibenarkan secara gabungan merentas Pusat Tanggungjawab (PTJ) JMG.
FORMAT & SPESIFIKASI VIDEO
Kandungan video mestilah karya asli, menepati tema dan kategori serta tidak pernah dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan lain.
Kandungan video wajib mempunyai elemen adaptasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam proses penghasilan video sama ada dalam paparan visual, penghasilan suara latar (voice-over) mahupun penyuntingan visual. Video yang dihasilkan 100% menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) akan ditolak (disqualified).
Peserta dilarang menggunakan bahan pihak ketiga yang mempunyai hak cipta (seperti muzik, klip video, atau imej dari internet) tanpa kebenaran yang sah. Pelanggaran hak cipta akan menyebabkan penyertaan terbatal serta-merta.
4. Kandungan video tidak boleh melibatkan:
● isu-isu sensitif berkaitan keagamaan, perkauman mahupun politik
● unsur lucah, LGBT, ganas atau tidak bermoral
● unsur diskriminasi jantina atau budaya
● mesej yang menyinggung mana-mana pihak
5. Spesifikasi Teknikal Video:
● Durasi: Hendaklah di antara 3 - 5 minit
● Format Video: MP4
● Resolusi Minimum: 1920pixel (W) x 1080 pixel (H)
● Orientasi: Landskap (16:9)
● Bahasa: Bahasa Melayu (penggunaan sarikata amat digalakkan)
TATACARA PENYERTAAN
Peserta WAJIB untuk mengikuti (follow) media sosial Pusat Penyelidikan Mineral iaitu akaun Facebook Pusat Penyelidikan Mineral, Instagram Pusat Penyelidikan Mineral dan melanggan Youtube Pusat Penyelidikan Mineral.
Muat naik video penyertaan pada Youtube persendirian. Pautan (link) video tersebut hendaklah ditetapkan kepada umum (Public) dan tag Youtube Pusat Penyelidikan Mineral supaya boleh diakses oleh pihak juri sepanjang tempoh penilaian.
Memasukkan tanda pagar (#) seperti berikut pada hantaran video penyertaan:
#PialaKetuaPengarahJMG
#PPM
#PusatPenyelidikanMineral
#JMG
#JabatanMineraldanGeosainsMalaysia
Peserta perlu mengisi pautan video tersebut ke dalam borang penyertaan (Google Form) rasmi yang disediakan oleh urus setia, https://forms.gle/CprkgZuAL84UGDrc6
5. Setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan untuk mana-mana kategori pertandingan yang dipilih.
6. Segala kos penghasilan video hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
KRITERIA PENJURIAN
MESEJ, IMPAK DAN FAKTA (25%)
Mesej utama jelas, berimpak dan mudah difahami
Informasi adalah asli, tepat, beretika dan bebas daripada unsur plagiat atau manipulasi maklumat
Mampu meningkatkan pemikiran kritis dan memupuk daya kreativiti
KREATIVITI, KEUNIKAN IDEA DAN ADAPTASI AI (30%)
Idea penceritaan yang baharu, segar, menarik, tidak klise dan menepati tema pertandingan
Penyelarasan konsep kreatif video dengan adaptasi AI yang digunakan bagi menghasilkan jalan cerita yang unik dan menghiburkan
Keupayaan meneroka dan memanfaatkan teknologi AI secara kreatif di luar kotak
PENYAMPAIAN DAN PENCERITAAN (20%)
Jalan cerita atau struktur plot yang mempunyai aliran yang jelas (mengandungi permulaan, perkembangan/konflik dan penutup/resolusi)
Dialog, naratif, teks skrin atau sarikata adalah tepat, sesuai serta berkesan
Gaya penyampaian yang yakin, menarik, mampu menyentuh emosi dan memberi impak kepada penonton
KUALITI TEKNIKAL (VISUAL, AUDIO DAN SUNTINGAN) (15%)
Kualiti video jelas (pencahayaan baik, stabil, kemas, resolusi tinggi)
Audio jelas (suara/narrator tidak tenggelam, muzik latar tidak mengganggu)
Suntingan kemas, transisi sesuai, teks boleh dibaca, tempo tidak terlalu laju/terlalu perlahan
ETIKA DAN NILAI MURNI (10%)
Mampu memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat
Penggunaan AI dilakukan secara bertanggungjawab (tidak melanggar hak cipta, menghormati sensitiviti dan tidak mengandungi unsur manipulasi negatif)
Komitmen dan sinergi kreatif antara bakat manusia serta teknologi AI
HADIAH PERTANDINGAN
Juara Anugerah Piala Ketua Pengarah JMG (juara keseluruhan) - RM1500.00 (beserta Piala Ketua Pengarah JMG)
Juara (setiap kategori) - RM1000.00
Naib Juara (setiap kategori) - RM500.00
Tempat Ketiga (setiap kategori) - RM200.00
2 x Sagu Hati (setiap kategori) - RM100.00
Nota: Juara Anugerah Piala Ketua Pengarah JMG (Juara Keseluruhan) akan dipilih daripada Juara Kategori Kesedaran/Penceritaan/Pendidikan
HAK CIPTA & PENYIARAN
Semua video yang dihantar untuk pertandingan ini akan menjadi hak milik sepenuhnya penganjur.
Penganjur berhak untuk menggunakan, mengubah suai, mengedar, menyiarkan atau menerbitkan semula mana-mana video tersebut untuk tujuan promosi, pendidikan, dokumentasi, penyiaran atau apa-apa tujuan lain tanpa perlu mendapatkan kebenaran lanjut daripada peserta dan tanpa sebarang bayaran royalti.
Peserta hendaklah menanggung kerugian penganjur sekiranya terdapat apa-apa tindakan, tuntutan, prosiding, kerugian, kos (termasuk kos guaman atas dasar tanggung rugi penuh), caj dan/atau perbelanjaan yang mungkin dibuat oleh pihak ketiga terhadap pihak penganjur berhubung tuntutan hak cipta atau lain-lain perkara berkaitan dengan video penyertaan.
LAIN-LAIN
Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas:
● Sebarang kehilangan data semasa penghantaran
● Kecederaan atau kerosakan semasa proses penghasilan video
● Sebarang tuntutan pihak ketiga berkaitan kandungan video
Penganjur berhak meminda, mengubah dan/atau memansuhkan terma dan syarat pertandingan atau melanjutkan, membatalkan, menamatkan atau menangguhkan pertandingan ini, pada bila-bila masa, atas budi bicara penuh dan mutlaknya. Apa-apa perubahan boleh dimaklumkan melalui kaedah yang dianggap sesuai, tidak terhad kepada pemberitahuan di platform media sosial Pusat Penyelidikan Mineral.
3. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati melanggar mana-mana syarat di atas. Keputusan juri adalah muktamad.