NAK MENGAJI BERSAMA UTHMANI ALC
Uthmani Al-Quran Learning Centre ataupun singkatannya Uthmani ALC merupakan sebuah pusat pengajian al-Quran bagi segenap lapisan masyarakat yang diasaskan oleh Ustaz Muhammad Dawud Bin Ab Rashid pada tahun 2018.
JOM MENGAJI SAMPAI PRO !
Kelas mengaji Al-Quran ini sesuai untuk siapa?
Golongan dewasa sibuk dengan kerja, hingga tiada masa.
Ibu-bapa yang segan dengan anak-anak kerana tidak lancar baca Al Quran.
Golongan mualaf dewasa yang mahu belajar, tetapi tiada guru.
Warga emas yang pencen kerja kerajaan atau swasta.
Atok dan nenek yang segan dengan cucu cicit sebab bacaan merangkak-rangkak.
Kami sangat memahami apa yang anda risaukan…
Tak kenal huruf
Anda tidak keseorangan, di Uthmani terdapat ramai pelajar bermula dari bawah. Tujuan kami di Uthmani ingin melihat semua pelajar dari tak kenal huruf hingga BERJAYA khatam Al-Quran.
Malu jika ditegur ustaz / ustazah
Jangan risau, di Uthmani kami menegur anda secara lembut supaya anda tidak rasa gementar dan kami akan pastikan anda selesa bertanya tidak kira apa sahaja soalan kami akan jawab sampai anda betul-betul faham.
Bacaan tidak lancar / keras lidah
Merangkak-rangkak bila baca surah yang anda jarang baca? Ini terjadi sebab anda tak kenal huruf atau sifatnya, nak baca kuat-kuat pun takut orang dengar.
Di mana boleh berhenti untuk ambil nafas
Ayat Al-Quran terdapat tempat yang boleh kita berhenti atau teruskan bacaan bergantung pada keupayaan nafas seseorang. Anda tidak boleh main hentam berhenti di tempat yang sepatutnya.
Tidak kenal yang mana bacaan pendek dan panjang
Dah banyak kali belajar tapi masih rasa keliru ketika baca Al-Quran kerana tidak mengenal yang mana bacaan pendek dan panjang.
Tiada masa sebab sibuk dengan kerja harian
Istimewanya di Uthmani kami berikan anda pilihan untuk tentukan sendiri jadual atau masa yang anda inginkan. Nak belajar Al-Quran perkara yang sangat mulia dan Allah S.W.T pasti akan lapangkan dada dan memberi ruang masa untuk anda. Jangan risau!