PKG BANDAR MERSING
CENTER OF EXCELLENCE (COE)
CENTER OF EXCELLENCE (COE)
AKTIVITI
PERTANDINGAN SCRABBLE PERINGKAT DAERAH MERSING 2024
Tarikh : 1 Julai 2024 (Isnin)
Masa : 7:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : 20 orang murid
Pertandingan Scrabble Peringkat Daerah Mersing 2024 anjuran Panitia Bahasa Inggeris. Pertandingan ini melibatkan 2 orang murid daripada 10 buah sekolah.
PEMASANGAN UNIFI FIBER PKG BANDAR MERSING
Tarikh : 25 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 10:30 pagi - 11:30 pagi
Tempat : PKG Bandar Mersing
Pemasangan Unifi Fiber dengan pakej kelajuan 500 Mbps bagi menggantikan perkhidmatan internet secara interim yang akan tamat penggunaan pada 30 Jun 2024.
PERTANDINGAN JITC PENDIDIKAN KHAS SR
PERINGKAT NEGERI JOHOR 2024
Tarikh : 25 Jun 2024 (Selasa)
Masa : 7:30 pagi - 4:30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : 3 orang pegawai PPD, 7 jurulatih
3 orang murid
Murid menyertai pertandingan secara Google Meet berpusatkan di PKG Bandar Mersing. Murid menggunakan aplikasi dalam Microsoft Office, Canva dan Capcut. Peralatan rakaman menggunakan Kamera PTZ dan Labtop MSI.
PERTANDINGAN JITC PENDIDIKAN KHAS SM
PERINGKAT NEGERI JOHOR 2024
Tarikh : 24 Jun 2024 (Isnin)
Masa : 7:30 pagi - 4:30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : 3 orang pegawai PPD, 6 jurulatih
3 orang murid
Murid menyertai pertandingan secara Google Meet berpusatkan di PKG Bandar Mersing. Murid menggunakan aplikasi dalam Microsoft Office, Canva dan Capcut. Peralatan rakaman menggunakan Kamera PTZ dan Labtop MSI.
LATIHAN JITC PENDIDIKAN KHAS MERSING 2024
Tarikh : 17 & 18 Jun 2024 (Rabu dan Khamis)
Masa : 7:30 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : 10 orang guru pembimbing
8 orang murid
Latihan pendedahan kepada murid yang akan menyertai JITC 2024. Semua murid diberi pendedahan menggunakan aplikasi Microsoft Office seperti Word, Excel dan Power Point. Murid juga menggunakan aplikasi Cap Cut yang akan digunakan dalam pertandingan.
PROGRAM SEKOLAH ASPIRASI JOHOR (KUALITI MURID DIGITAL)
BENGKEL KEMAHIRAN TEKNOLOGI ROBOTIK & PENGATURCARAAN
Tarikh : 7 Jun 2024 (Rabu)
Masa : 7:30 pagi - 2:30 petang
Tempat : SMK Sri Mersing
Sasaran : 1 orang pegawai PPD, 6 jurulatih
40 orang murid
Bengkel pendedahan asas mikrobotik kepada 40 orang murid Tingkatan 5. Murid diberi pendedahan tentang komponen mikrobotik dan pengaturcaraan menggunakan aplikasi mBlock. Murid juga berpeluang menguji mikrobotik yang telah dikodkan di litar MYRC 2024.
PERSIAPAN KAMERA PTZ DAN PERALATAN TEKNIKAL
Tarikh : 2 Jun 2024 (Ahad)
Masa : 2:30 - 4:30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : 2 orang pegawai PPD, seorang juruteknik dan seorang
pelatih praktikal.
Uji lari penggunaan kamera PTZ Birddog untuk kegunaan penyiaran Forum Remaja peringkat Negeri Johor 2024.
RAKAMAN MIKROBOTIK MYRC 2024 - SK SERI PANTAI
Tarikh : 27 Mei 2024 (Isnin)
Masa : 10:00 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : 1 orang guru pembimbing
10 orang murid
Bantuan teknikal dalam Pertandingan Mikrobotik MYRC 2024. Lima kumpulan daripada SK Seri Pantai berjaya membuat pengujian litar dan rakaman peringkat negeri.
LATIHAN PUSAT PESERTA MIKROBOTIK MYRC 2024
Tarikh : 20 Mei 2024 (Isnin)
Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : 8 orang Penyelaras ICT Daerah Mersing
16 orang murid sekolah rendah dan menengah
Pengaturcaraan dalam mBlock dan pengujian Mikrobotik mengikut laluan litar sempena My Robotic Challenge 2024. Murid-murid berpeluang mengenal pasti Mikrobotik yang berpotensi untuk mengelilingi kawasan litar yang ditentukan.
BENGKEL TRANSFER OF KNOWLEDGE (TOK) BAGI PERALATAN COE ROBOTIK DAN PENGATURCARAAN MEKATRONIK
Tarikh : 14 Mei 2024 (Selasa)
Masa : 8:00 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : 47 orang Penyelaras ICT Daerah Mersing
Sebar luas penggunaan Mikrobotik dan pengaturcaraan menggunakan aplikasi mBlock.
20240208 Setup Untuk Rakaman Tazkirah Ramadan
20240212 Khidmat Bantu dari Pekerja Pembersihan Swasta
20240213 Khidmat Bantu COE dari Pegawai2 Sektor Pembelajaran
20240214 Rakaman Tazkirah Ramadan
20240214 Kunjungan UPI, PPD Mersing
20240215 Kunjungan EO dan Timb. Pemb.
20240220 Rakaman Tazkirah Ramadan
20240222 Gotong Royong Dibantu Rakan-Rakan Sektor Pembelajaran
LAIN-LAIN
BORANG KEW.PA-9 PERMOHONAN PERGERAKAN PINJAMAN ASET ALIH