Kelas Mengaji Dewasa diwujudkan sebagai satu platform untuk membantu golongan dewasa mempelajari, memperbaiki dan memperelok bacaan al-Quran dalam suasana yang santai, selesa dan penuh bimbingan. Kelas ini terbuka kepada semua, sama ada yang baru ingin mengenal al-Quran, masih belajar membaca, mahupun yang ingin memperkukuhkan tajwid serta kelancaran bacaan.
Melalui kelas ini, para peserta bukan sahaja berpeluang meningkatkan kemahiran membaca al-Quran, malah dapat menambah ilmu agama, mengeratkan ukhuwah sesama peserta dan menyemai kecintaan terhadap kalam Allah SWT. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab untuk kita terus istiqamah mendekatkan diri kepada Allah dan meraih keberkatan hidup di dunia serta akhirat.
🗓️ Setiap Hari Khamis
🕗 8.00 pagi – 10.00 pagi
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya." (Hadis Riwayat Bukhari)