Berasal dari Kamunting Taiping Perak, Anak kedua dari 7 orang adik beradik pendidikan awal di Sek. Ren Long Jaafar kemudian ke Sek.Ren. Bukit Jana Kamunting kemudian Sek. Men. Agama Samsul Maarif Al wataniah di Tanjung Piandang Perak, Seterusnya Ke Pondok Sg.Bakap dan kemudian ke Kolej Islam Perak (Kolej Islam Darul Ridzuan sekarang dikenali sebagai USAS ( Universiti Sultan Azlan Shah) kemudian meneruskan kerjaya di dalam TLDM kemudian menukar Perkidmatan ke Tentera Darat di dalam KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA , Sepanjang perjalanan sebagai Daei Askari (Ustaz Tentera) , Ustaz meyambung pengajian di UNIShams ( Universiti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) di kuala ketil di peringkat Asasi Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda Usulluddin dengan Kepujian, kemudian masih menyambung pengajian di peringkat seterusnya di OUM dan UKM Bangi.
Ustaz telah menamatkan Perkidmatan di dalam KAGAT pada tahun 2020 iaitu perkidmatan beliau yang ke 15 ( tidak Pencen) meneruskan kerjaya sebagai Guru Agama bertauliah negeri Kedah & Pulau - Pinang, Giat melaksanakan Tazkirah/Kuliah/Ceramah/Kursus di setiap tempat yang di jemput. Juga melaksanakan perkidmatan seperti di sebutkan di atas.