"Data Peribadi" mempunyai maksud seperti yang ditakrif oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") dan meliputi "data peribadi sensitif" (seperti yang ditakrif oleh PDPA). Berkaitan dengan pendaftaran minat anda dalam aktiviti perniagaan kami, data yang pihak kami boleh mengumpul dan memproses termasuk :-
Informasi yang anda berikan dalam pengisian borang dalam talian kami. Pihak kami juga boleh meminta informasi bila anda memberitahu atau maklum balas dengan pihak kami;
Jika anda menghubungi pihak kami, pihak kami boleh menyimpan sebagai rekod untuk menghubungi anda;
Informasi yang anda bekalkan kepada kami yang pihak kami perolehi semasa lawatan anda ke premis kami.
Di mana berkaitan, dan berhubung sebarang data peribadi yang telah atau mungkin dari masa ke semasa diberi oleh anda dan/atau yang didapati secara bebas oleh pihak kami dari sumber-sumber lain yang sah (sekiranya ada) yang berkaitan dengan pendaftaran anda tersebut :-
anda mengakui, mengesah dan bersetuju kami memgumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan, mengendalikan dan sebagaimananya memproses data peribadi tersebut, bagi tujuan berikut:-
rekod simpanan kami dalam urusan biasa perniagaan;
untuk membekalkan kepada anda informasi, produksi, servis, perlancaran yang baru, promosi atau informasi yang lain yang pihak kami rasa akan menarik minat anda;
untuk membolehkan pihak kami mematuhi sebarang undang-undang, rukun, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis petunjuk, surat arahan, polisi, dan lain-lain kehendak yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
anda selanjutnya mengakui bahawa informasi yang dibekalkan adalah diberi secara sukarela dan adalah diperlukan untuk tujuan di atas.
di mana anda memberi data peribadi bagi dan untuk pihak yang lain, anda mengakui bahawa anda telah mendapat persetujuan pemberi data tersebut dan data peribadi anda adalah diberi secara sukerela, tepat dan lengkap dan anda akan menggantirugi syarikat kami terhadap apa-apa tuntutan daripada pemberi data tersebut.
Berhubung tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, pihak kami adalah dibenarkan untuk mendedahkan data peribadi tersebut kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan, dan/atau anak-anak syarikat dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan masing-masing (dalam maksud Seksyen 5 dan Seksyen 6 Akta Syarikat 1965) yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran yang tertentu dan fungsi-fungsi operasi untuk atau bagi pihak kami.
Anda boleh meminta secara bertulis mengenai akses dan untuk meminta pembetulan terhadap data peribadi menurut peruntukan-peruntukan PDPA. Untuk membuat permintaan tersebut, atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung cara pengendalian data peribadi tersebut oleh pihak kami, anda boleh menghubungi:
Cakofi Cakoi Premium
IQTECH ENTERPRISE
19-G, Jalan PUJ 3/4, Taman Puncak Jalil
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel: 018 3200 084 / 012 3441 109
Email: cakofi2u@gmail.com