Unit Psikologi dan Kaunseling (UpsK) bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara profesional dan beretika kepada semua warga meliputi para pensyarah, pegawai pengurusan, anggota kumpulan sokongan (AKP) dan siswa guru IPG Kampug Keningau (IPGKK). UpsK IPGKK turut menjadi peneraju dalam menjamin kesihatan fizikal dan mental warga agar sentiasa kekal pada momentum tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberi. Bagi memenuhi aspirasi ini, UpsK menjadi pemegang taruh dalam melaksanakan aktiviti psikologi dan kaunseling meliputi penilaian personal, pembangunan personal, penyelidikan dan inovasi. UPsK berkolaborasi bersama agen penggerak utama iaitu Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan Pembimbing Rakan Siswa (PRSd) yang berperanan membantu unit dalam memberikan khidmat bimbingan kepada semua warga IPGKK.